Tanpa Sedari Kita Kaya

TANPA SEDARI KITA KAYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Tanpa Sedari Kita Kaya

Hari terakhir di bulan September
Esok hari pertama di bulan Oktober
Didiklah diri sentiasa sedar
Kepada Allah SWT kita bersandar


Bunga kebangsaan Bunga Raya
Ada putih merah kuning warnanya
Kaya itu subjektik sebenarnya
Mensyukuri juga buat diri berasa kaya


Manis sungguh halwa cermai
Cukup sedikit sekadar merasa
Setiap amal kebaikkan yang disemai
Bererti menyemai limpahan pahala


Ramai memilih sepersalinan kurta
Tidak salah berkongsi budaya
Iman dan Islam juga harta
Harta paling bernilai darpada-Nya


Jari munggil cantik beruas
Geram rasa seperti mahu digigit
Erti kekayaan itu luas
Tidak semestinya berupa wang ringgit


Masuk hutan sambil berkuda
Lebih tangkas gerak gerinya
Tertib berakhlak juga kaya
Disenangi insan di mana-mana


Jangan berlama-lama bila berduka
Takutnya menjurus rasa tidak redha
Rezeki di datangkan pelbagai rupa
Tanpa sedari kita kaya

#sama-sama mencari redha Allah swt

8 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Makan roti sapu sekaya
    Makan bersama telur dadar
    Ibubapa yang paling kaya
    Membesarkan anak tanpa sedar

    Buangkan sahaja besi berkarat
    Kalau dibakar habis jelaga
    Biarpun hidup nampak melarat
    Anak-anak dididik juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu bapa anugerah hebat daripada Allah untuk anak2....takkan terbalas dan terganti..

      Padam
  2. Harta yang paling tak ternilai yg ada pada kita ialah nikmat islam dan iman. Harganya lebih dr seisi dunia.

    BalasPadam
  3. Kaya dengan pelbagai cara..

    BalasPadam
  4. SYUKUR ALHAMDULILLAH KITA DILIMPAHI KEKAYAAN-NYA

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama