Header Ads

Rezeki

REZEKI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt
Rezeki
Bersua lagi di hari Jumaat
Masjid menjadi tumpuat ummat
Lontarkan kata penuh hemat
Mengundang bahagia juga rahmat

Awal pagi mendaki bukit
Perlahan-lahan dan sedikit-sedikit
Ada banyak ada sedikit
Sentiasa memberi tiada mahu mengungkit

Lengan kemeja rapi dilipat
Awal bersiap agar tidak lewat
Ada lambat ada cepat
Syukuri sahaja limpahan nikmat

Kain batik kain pelikat
Hadiah istimewa saudara jauh dekat
Yakinlah rezeki tidak silap alamat
Tiada juga istilah terlambat

Buluh disusun dijadikan rakit
Rakit indah milik Si Atik
Ubahlah pandangan sedikit demi sedikit
Rezeki itu tidak semesti duit

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

19 ulasan:

  1. Waaahhh ada pantun kat sini.. Lama x dtg jenguk kak PC.. Blog pun dah berubah.. Miss u kak PC.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..Lea banyak urusan ya...😊
      Miss u too mama anak dua..

      Padam
  2. semoga ramai kaum Adam tidak memandang remeh solat Jumaat kerana solat itu tiang agama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..setuju😊..kukuh tiangnya..insyaAllah kukuh yang lainnya juga.

      Padam
  3. Amin.. semoga dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  4. rezeki dalam pelbagai bentuk. salam jumaat kak PC :D

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Haiii ye..balas Sabtu maka salam Sabtu Fatin😊

      Padam
  6. rezeki memang tak salah alamat...

    BalasPadam
  7. Betul tu PC, rezeki itu luas maknanya.. bukan sekadar duit.. Salam Jumaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...satu anggapan yang perlu masyarakat sesetengahnya ubah...rezeki itu bukan duit sahaja😊

      Padam
  8. Betul tu, rezeki ada cepat, ada lambat...carilah ia di seluruh pelosok..
    Semoga rezeki diterima penuh keberkatan............. itulah yang best..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin,doa dan sungguh-sungguh..insyaAllah rezeki sentiasa ada..😊

      Padam
  9. Setuju, rezeki tak pernah salah alamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...tak lambat juga..sempurna aturanNYA😊

      Padam
  10. Semoga sentiasa dipermudahkan rezeki buat kita semua dgn sepenuh rahmat keberkatanNYA dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat... aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..