Segalanya Terungkap Nanti

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


SEGALANYA TERUNGKAP NANTI | Lama.Sekejap.Jauh.Dekat.Panjang.Pendek.Waktu itu sering menjadi ukuran.Ya,tempoh waktu.Atau jangka masa seperti hari,bulan dan tahun juga.Sedetik itu waktu.Apatah lagi berjam juga berabad.

Segalanya terungkap nanti.

Lambat atau cepat seiringnya waktu yang telah berlalu dan bakal mendatang segalanya terungkap nanti.Baik disisi yang putih atau sebaliknya.Mahu yang manis atau juga sebaliknya.Kalau tidak di dunia..ya di akhirat menanti.NAMUN...boleh sahaja setiap sisi kurang molek itu dipadam dan diselindungi dengan cara taubat yang sesungguh bertaubat.Allah SWT itu tidak menzalimi.Pintu-pintu taubat sentiasa luas terbuka seperti juga pintu-pintu syurga yang sentiasa luas menanti penghuni-penghuninya.

Kisah silam itu jangan pernah dijadikan tembok yang menghalang.Hendak berubah..betul-betul.Biarpun sikit-sikit dan perlahan.Biar sarat dengan cacian dan makian..hadapi dengan sekentalnya hati.Asal nawaitu kerana DIA segalanya terungkap nanti.

Dalam hidup ini,ada hal perlu untuk kita perjelas agar tidak timbulnya fitnah.Ada juga yang mesti disimpan serapinya juga supaya tidak menjadi dosa buat kita dan orang lain.Jangan gundah tidak dipandang dikala membuat kebaikkan mungkin itu penyelamat buat kita.Dan jangan sedih juga andai sering dipandang serong kerana itu peringatan dariNYA kerana tanda kasih.

Untuk menjawab segala persoalan takdir kehidupan dirasakan tidak mampu..sedang telah banyak kekeliruan diulas dan dibahas dengan selayaknya pun masih lagi dipandang sepi dan didengar hambar..maka yakinlah segalanya terungkap nanti...cuma jangan tatkala detik itu tiba kita sudah terlewat...

SEGALANYA TERUNGKAP NANTI
#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. JIKA ADA sisi hitam..usah dicanang..biarkan masa berlalu dengan taubat dan berjanji tidak mengulanginya..moGA ALLAH melindungi tidak terbuka aibnya...moga Tuhan mengampuni khilafnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..bila menja apa pun...aib,khilaf dan kekurangan..pada sesiapa pun...nanti baiknya mendekat kita...aamin😊

      Padam
  2. usah dikenang barang yang lepas. biarkan ia berlalu. yang baik jadikan pedoman, yang jahat jadikan peringatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.baik ikut.buruk buang jauh sejauhnya😊

      Padam
  3. in shaa Allah kita berusaha untuk mencari redha Allah

    BalasPadam
  4. mendalam entri kak PC nih ^^ sedang syaza selami. :)

    btw cantik gif image 'wait' tu kak PC. comey :)

    BalasPadam
  5. Tazkirah yang membawa kita muhasabah diri..semoga kita dijauhi bala musibah

    BalasPadam
  6. Berkat ihsan dan kasih sayang Illahi, diberi hijab segala kelemahan dan aib manusia. Bila2 sahaja boleh dibuka jika mahu.. Allahu. Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa2 kita semua.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Tn..setuju..tapi itu yang sering orang terlupa hingga mudah membuka aibnya orang😊

      Padam
  7. takdir adalah rahsia Allah.. kita sbg manusia hanya mampu berusaha.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama