BILA BER"BLOG" SILAP SIKIT PUN...BOLEH MENANGIS
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BILA BER"BLOG" SILAP SIKIT PUN...BOLEH MENANGIS | Seusia kanak-kanak pra sekolah rupanya blog Perdu Cinta..diam tidak diam sudah berusia enam tahun.Tiada pencapai yang besar dan gah namun percayalah PC sangat-sangat bersyukur kerana ada sesuatu yang lebih manis daripada itu iaitu sokongan sahabat-sahabat blogger yang sudi mengikuti blog ini sedari awal hinggalah saat ini.TERIMA KASIH KALIAN SEMUA.Biarpun ada sahabat blogger yang bersilih ganti namun itu semua tetap menjadi hadiah untuk BLOG kerdil ini.Terima kasih Ya Allah.
Bila ber"blog" silap sikit pun ...boleh menangis.
Akaun.Blog ini umpama akaun simpanan kepada pemiliknya.Setiap patah perkataan yang dikongsi itu satu benih yang disemai..seperti juga pelaburan kecil-kecilan yang besar dan dalam kesannya.Rajin menyimpan dan menyemai..insyaAllah lumayan hasilnya.Hasil yang terlihat nyata mahupun hasil yang ghaib tidak terlihat dek mata.Ada..ya sentiasa ada.Cuma perlu dipastikan apa yang disampaikan itu bermanfaat pada diri dan pada semua.AAMIN.
Terhindar daripada khilaf itu bukan kita.Ada yang sengaja buat khilaf di blog.Ada juga yang memang betul-betul tidak disengajakan.Ada yang mudah memaafkan dan ada yang sebaliknya.Macam-macam sebenarnya.Blog ini perantara.Pemiliknya yang mengemudi.Hitam atau putih lihat bagaimana pemiliknya mewarna.Salah satu milik kita yang tidak boleh sesukanya diperguna adalah blog.
Sekilasnya seperti mengurus diri sendiri.Kita mandi.Tukar baju.Berbedak.Wangi-wangian.Eh,begitu juga blog.Hehehe..ada masa perlu bertukar wajahnya..banyak tamplate percuma yang boleh dipilih.Apatah lagi yang berbayar juga tidak kurang banyaknya.Terserah.Boleh di edit mengikut citarasa sendiri.Tema warna kegemaran.Kalau mungkin mahu lebih segera atau mudah boleh juga diupahkan kepada yang lebih berkemahiran untuk mencantikkan blog kita.
Mengajar kesabaran.Terus terang..memiliki blog..mengurus blog..mengajar kesabaran yang tinggi juga..kenapa????...kerana Bila ber"blog" silap sikit pun ...boleh menangis.Mungkin PC sahaja yang begini tidak sahabat-sahabat blogger yang lain.Ada masa emosi melebihi kewarasan.Kadang bersungguh nak update..sekali tengok yang ada di draf semua tajuk semata..Allahu.Itu belum dah bersungguh menaip...ada masa auto save..bila ting tong tak ter auto save...laptop off tiba-tiba dek blackout..maklumlah tak ada support power..bila dah ada karen semula....rumah terang benderang...tengok post putih bersih semula..semua yang dikarang hilang....merah menyala terus muka..hahaha..Tidak mengapalah.Ianya mendewasakan.Ianya memandu ke arah lebih baik mudah-mudahan.
#sama-sama mencari redha Allah SWT

Tags:
Santai
mmg kena sbr kn bila dlm entry ada byk draft tp mood nk mengarang tu tk dtg2 hehe...truskan berblogging
BalasPadamKan...terus melayang-layang perasaan nak mengarang..😅
PadamTahniah PC...Alhamdulillah tulisan PC sangat hebat. sampai kadang tak sampai apa yang saya baca. Saya kalau bahasa tinggi ni susah skit nak faham melainkan kena ada orang terangkan. terbaik
BalasPadamAllahu.Apa adanya..Arzmoha dan semua sahabat blogger pun lebih baik penulisan dan penyampaiannya..jadi motivasi untuk PC bila tersungkur untuk bangkit menulis😊
Padamtahniah kak. bahasa akak tinggi, kekadang shu tak tercapai, nak jugak komen. hihi dan suka sangat baca blog kak PC.
BalasPadamSubhanaAllah..terima kasih Shu...penulisan Shu pun ringkas tapi padat..itu lagi hebat sebenarnya..😊
PadamAssalamualaikum...
BalasPadamkakcik datang baca, kadang-kadang tulis komen, tapi komen tak keluar. Kadang-kadang baca sahaja tapi tak tahu nak komen apa... :)
Waalaikummusalam Kakcik.
PadamTerima kasih kak..Allahu.Tulah,komen merajuk ke apa tak muncul.Setiap komen akak dan kawan-kawan membakar semangat untuk PC kak..alhamdulillah😊
TAHNIAH PC...LAMA JUGA BLOGGING YA..PERKONGSIAN PC SGT BERMANFAAT NICHE YG KETARA MAKSUDNYA
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih kak PI..moga bermanfaat.Moga jadi saham akhirat.Penulisan kak PI juga jadi inspirasi PC sebenarnya😊
PadamLama juga dah blog PC. Tahniah kerana selama 6 tahun banyak ilmu dan pesanan yg PC share dengan kami. Semoga bermanfaat semuanya.
BalasPadamAlhamdulillah kak.Terima kasih.Mana baik ambillah.Apa yang tak molek,tegurlah supaya PC boleh perbaiki..😊
PadamWahh tahniah kak pc, dah umur 6 tahun ye..semoga selalu dalam rahmatNya 💖
BalasPadamAlhamdulillah Husniey...tahun depan darjah satu...hehehe..aamin...moga kita semua selalu dalam rahmatNya.
Padammemang kena sabar kan kak.. rabia pun dulu..kerap tukar template blog..adalah loading line blog ni.jadi lambat lah.nak update blog gambar hilang lah.macam2 dugaan jadi blogger ni.
BalasPadamKan Rabia..Allahu.Dugaan sangat.Kadang termenung ngadap komputer..kadang macam buntu..itulah pahit manis jadi blogger😊
PadamSama la Zumal pun, kalau dah taip tetiba hilang rasa nak menangis juga sebab kalau taip semula pun dah tak sama macam idea yang mula2 tu
BalasPadamBetul zumal..semua dah lain...sebab taip semula dalam keadaan sedih...jadi silap-silap merapu jadinya😊
Padamsemoga terus berblog =)
BalasPadamAamin.Mizi juga ya...terus berblog😊
Padamlama dah 6 tahun usia blog PC. ye, memang. Bila dah lama berblog tu emo dia lain macam kalau ada serba yang tak kena. tak update blog pun satu keresahan..sbb syg blog sgt
BalasPadamBetul...dah jadi macam kerja.Kerja yang susah nak digambar atau jelaskan...yang ada blog akan memahami..😊
PadamKalau ikut umur manusia kiranya blog PC dah masuk pra-sekolah ya :-)
BalasPadamSamalah dengan Mrs. A kalau dah lama tak up-date rasa tak keruan sebab sayang kat blog tu hanya blogger yang faham.
Alhamdullilah.. tahniah PC dah enam tahun ya berblogging. Kak Sue pun kadang mood ke laut juga nak update blog.. paling risau kalau draf tetiba hilang kan.. mau tak panas muka.. hehehe..
BalasPadamTahniah PC, dalam tak sedar masa berlalu sudah 6 tahun usia blog PC..
BalasPadamTeruskan menulis, LZ suka baca 'penceritaan' PC, dapat rasa keikhlasan dan keaslian setiap posts itu..
Sayang sangat kat blog kita kann sebab idea yang dihasilkan itu bukan mudah..
Baik perkongsian baiklah hasilnya.. Tahniah PC..
BalasPadamBab menangis tu selalu.. Kalau datang masa tak ada idea mwmangsunyi sepilah jawabnya.. 🤣
dah 6 tahun dah pc ya..tahniah pc,moga terus diberikan ALLAH idea dan kesihatan untuk terus berblog ya.Irda pula kadang-kadang ada idea,masa pula takde nak menulis,bila ada baby ni terpaksa curi2 masa dia tidur..huhu..tapi berblog kdg2 juga meletihkan..sebab kita bukan sahaja kena hati2 menulis takut ada yang tersinggung tetapi ia rumah kita yang sentiasa terdedah pada si pencari kesilapan..moga apa yang kita tulis tidak akan disalahertikan.aamin
BalasPadamKerana apa.sampai mengalitkan air Mata yu
BalasPadam