Mencari Saksi

MENCARI SAKSI
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Pergi pekan naik teksi
Balanja dapur seminggu sekali
Begitu begini lincah beraksi
Kebenaran pasti akan muncul nanti

Tongkat Nabi Musa ada sakti
Mukjizat dari DIA kepada nabi
Mencari saksi sebagai bukti
Cara di dunia membela diri

Enak sungguh urap beremi
Duduk dianjung makan beramai-ramai
Diam di dunia jangan disangka mati
Bakal bangkit di akhirat menjadi saksi

Sesekali makan di dalam talam
Erat ukhuwah sesama teman
Walau berselindung digelap malam
Tetap terang dipandangan Tuhan

Indah kenangan mandi di perigi
Air ditimba berselang seli
Mahu apa dan bagaimana lagi
Bukankah Allah SWT itu sentiasa memerhati

Katil dipilih daripada besi
Bukan bererti kayu tidak berkualiti
Apa lagi yang sedang dibasa basi
Sedangkan para malaikat tidak tidur menyaksi

Mencari Saksi

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setiap perbuatan dan hati kita ada yang mencatat. tanpa kita sedar, setiap amal ibadat kita di catat dan akan dibawa ke hari perhitungan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat2 Shu...yang ingat berhati-hati...yang lupa langgar sesuka hati...

      Padam
  2. saksi sentiasa ada menjadi penguam pendakwa di mahkamah Allah

    BalasPadam
  3. Indeed PC, setiap perbuatan kena pastikan ianya menjurus kita ke mana kelak..
    Kalau sudah biasa in shaa Allah mudah kita laksanakan.. Jika sebaliknya, teruskan usaha perbaiki diri.. LZ berkata untuk diri sendiri juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk PC juga ni kak...amaran untuk diri sendiri juga sebenarnya ni...

      Padam
  4. Apa je yang kita buat akan dipertanggungjawabkan di akhirat.. di dunia mungkinlah terlepas, namun di akhirat.. bersiap sedialah..

    BalasPadam
  5. nice pantun. i tak pandai. banyak nak kena digest ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe..PC pun mcm pandai..sebenarnya ke lautan juga bila berpantun.

      Padam
  6. itu lah kadang2 manusia ni takut apa org kata takut org nampak tp xtakut pulak Allah yg xpernah tido menyaksikan segala tingkah laku kita ......tq atas peringatan sis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju!!!!!..dahulukan kata-kata manusia ya...kemudiankan arahan Tuhan..Allahu..nauzubillah.

      Padam
  7. pergi ke pekan menjual kain
    kain dibeli si juragan desa
    apa yang dilihat berlaku pada orang lain
    Peringatakan buat kita jua dari yang esa

    hehehe#irdacuba PC..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...apa je yang berlaku sekeliling kita pasti ada sebabnya.
      Hureyyyyy Irda berpantun.

      Padam
  8. Sentiasa mengingatkan diri.sulaya sentiasa ingat Bahasa segalanya ini Akan Di tulis

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama