Pengajaran Dan Pembelajaran Berterusan

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN | Alhamdulillah.Hari bersekolah meriah anak-anak dan adik-adik berkumpul depan rumah masing-masing tunggu van sekolah datang jemput.Meriah babak tarik menarik dan kejar mengejar mak bapak pujuk anak nangis tak nak pegi sekolah..acik PC senyum je tengok sambil siram pokok.Seronok tengok macam-macam gelagat.Cabaran nak besar dan pandaikan anak.

Cuti sekolah dah bermula pun.Meriah  juga walau masih awal pagi.Awal-awal cuti mungkin masih ghairah nak bermain dengan kawan-kawan.Macam-macam idea masing-masing.Nikmatilah zaman kanak-kanak sebaik-baiknya nanti akan selalu diingati dan dirindui.

Pengajaran dan pembelajaran berterusan.

Kerja sekolah mungkin tiadalah.Kecuali bagi anak-anak yang tetap mengikuti kelas tambahan peribadi.Tidak mengikuti sesi pembelajaran di sekolah bersama guru,tidak bererti pembelajaran terhenti.Walau cuti sekolah banyak perkara baru boleh dipelajari.Terserah pada ibu bapa dan anak-anak itu sendiri menyusun jaduallah.Mungkin ada waktu cuti sekolah inilah masa rehat,bermain sepuas-puasnya.Ada yang terus hantar anak pulang ke kampung kerana ibu bapa bekerja.Tidak kurang ada ibu bapa menghantar anak ke kelas-kelas khas mempelajari ilmu kemahiran.

Formal atau tidak formal sesi pembelajaran tetap berlangsung.Tersilap kemudian sedar akan kesilapan itu dan perbetulkan itu juga pembelajaran.Sekecil-kecil hal sama ada baik atau kurang baik,di dalamnya insyaAllah ada pengajarannya untuk kita ambil.

Selamat bercuti pada anak-anak atau adik-adik PC ucapkan.Jaga diri sentiasa.Ibu bapa juga perlu lebih waspada jika tinggalkan anak di rumah ketika bekerja sepanjang cuti sekolah ini.
Pengajaran dan pembelajaran berterusan.
#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat bercuti buat adik2 semua. Seingat kak ana dulu, tak pernah belajar pun masa cuti. Tp skrg silibus dah advance ye PC.kena belajar walau tgh cuti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC pun dulu cuti sekolah tak belajar kak...ikut nenek pegi kebun...petik kopi..tak pun duduk kat rumah kacau mama masak...petang tunggu kawan-kawan datang main sama-sama.

      Padam
  2. wahhh dh start cuti skolah ni... slamat bercuti smuaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah taman perumahan kak PC ni Busyra...seronok tengok.

      Padam
  3. Cepat betul dah hujung tahun... seronok.ah budak-budak cuti sekolah...

    BalasPadam
  4. Selamat bercuti.. sha belikan buku latihan untuk anak anak mengulangkaji.. Ada rezeki nak bawa mereka jalan.. selebihnya memang di rumah pengasuhlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..bagus-bagus...boleh buat latihan..nanti jalan-jalan pulak..naik sekolah boleh tukar-tukar cerita dengan kawan-kawan.

      Padam
  5. Cuti sekolah sudah bermula.. waktu bersama keluarga sambil belajar perkara2 kehidupan... belajar dan terus belajar sebagai sebahagian wadah perjuangan menuju kerahmatan akhirat, in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama