Tenang Dan Tegang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TENANG DAN TEGANG | Keadaan atau situasi tenang itu anugerah.Mahal sangat.Harta yang banyak tidak dapat menjamin ketenangan itu mutlak manusia miliki.Tiada harta juga boleh membuat ketenangan terganggu.Habis itu bagaimana..sederhana yang disulami da disertai dengan keberkatan..inshaAllah tenang.

Tegang.Ada hujan ada panas.Ada siang ada malam.Berpasangankan.Ada lelaki ada perempuan.Kalau ada tenang pastinya ada tegang.Keadaan tenang dan tegang ini bersahabat.Bersilih ganti.Ada fungsi dan peranannya masing-masing.Allah selitkan rasa tenang..Allah turunkan juga rasa tegang.

Ada orang bawaannya sentiasa tenang.Tenang sangat.Apa pun situasinya cukup tenang.Ada orang sentiasa tegang.Biarpun pada hal yang kecil dan mudah ianya menjadi satu yang membebankan padanya.Itu yang sentiasa berasa tegang.Tegangnya dia buat situasi serabut dan tidak tenang.

Tenang itu dambaan setiap orang.PC sendiri pun mahu sentiasa berada di keadaan yang tenang.Mahu menjadi manusia yang tenang jiwa dan fikiran.Namun bila difikir kembali,kenapa Allah letakkan kita pada keadaan yang tegang..supaya kita tahu menghargai rasa tenang itu dan belajar daripada musibah.Situasi tegang itu adalah teguran DIA untuk kita manusia.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. saya dah dapat rasa dua perkara tetsebut.

    tenang memang jadi dambaan..

    tegang memanng siksa jugalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga dalam situasi tenang atau tenang manusia sentiasa ingat Allah SWT .Aamiin.

      Padam
  2. betul tu pc bila kita sentiasa berada di suasana yg selesa kita akan lupa dgn Allah, klu dlm suasan tegang kat situ la kita akn selalu ingatkan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak. Penting ada orang yang boleh sentiasa ingatkan kita. Dalam apa jua situasi agar tetap ingat DIA.

      Padam
  3. Mudah2an kita sentiasa dilimpahi ketenangan jiwa dan suasana

    BalasPadam
  4. Krna tenang menghadapi ketegangan

    BalasPadam
  5. Setuju dengan PC kadang-kadang situasi tegang itu adalah teguran daripadaNYA.
    Mungkin kita sudah sedikit tersasar lalu diberi teguran.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama