BETUL TAK?

BETUL TAK?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Pedasnya cili itu nikmat
Lagi pedas lagi sedap
Lagi buka selera
Seriknya sekejap
Pedasnya kata-kata itu azab
Lagi pedas lagi bisa dihati
Lagi susah nak lupa
Lagi jadi dendam
Lagi jadi benci

Masamnya lemon itu jadi penawar
Segarkan tekak
Mengawal toksid dalam tubuh
Membantu kurangkan kilogram tubuh
Masamnya pada wajah itu mengundang fitnah
Berlagaknya
Sombongnya
Mahu ditegur pun tawar rasa hati

Tajamnya pisau itu memudahkan kerja di dapur
Mudah nak potong bawang
Mudah nak potong sayuran dan buah-buahan
Kerja jadi lancar dan pantas
Tajamnya pandangan dan lirikan itu melukakan hati
Nampak sangat benci
Nampak sangat protes
Nampak sangat jijiknya
Nampak sangat tak berkenannya

Besar kekuasaan Tuhan itu untuk semua
Beri pada selayaknya
Mencinta pada yang sayang pada-NYA
Memberi pada tidak kira siapa
Banyak memberi daripada meminta
Menolak itu bukan DIA
Besar kuasa manusia itu ada ketika membinasa
Suka-suka sahaja mengarah sini sana
Bila-bila sahaja marah herdik ikut suka
Lupa asal usul dari mana
Lupa di atas dengan izin siapa

Betul tak?
Yang betul tetap betul
Yang salah juga tetap betul salah
Di PANDANGAN TUHAN

Betul tak?
Yang betul boleh jadi salah
Yang salah boleh jadi betul-betul betul
Di PENGHAKIMAN MANUSIA

Dan nanti
Filem dunia bakal ditayangkan
Di panggung akhirat
related image
Betul Tak? | Google Image

Tinta Perdu Cinta ❤
Betul Tak?



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. MOGA SBG PELAKON YG BERAKSI MENGIKUT SKRIP-NYA DGN REDA

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama