CANTIK SEMUANYA BILA CANTIK HATI

CANTIK SEMUANYA BILA CANTIK HATI | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Cantik itu subjektif. Kalau dibahas soalnya cantik.. 3 hari 3 malam pun boleh lajak jadi 7 hari 7 malam. Baik-baik seperenggan karangan boleh jadi senaskah novel. Penangan cantik punya pasal.

related image
Cantik Semuanya Bila Cantik Hati 

Hormati pandangan. Cuba tanya budak-budak.. cantik tu apa.. tak mustahil disebutnya nama-nama idolanya. Nak cantik macam tulah.. macam si dia nilah.. mahunya berderet nama disebutnya. Besar wooo pengaruh iklan.. lagi kalau yang diidolakan tu memang kerap keluar tv.. kerap lalu lalang depan matakan.. haa hambik. Itu budak-budak. Kalau mak budak, kakak budak, makcik budak.. dah lain-lain pendapatnya.. maklumlah dah baligh.. dah boleh menilai dengan bernas. Tapi kadang menilai pun ada campurtangan nafsu juga. 

Nafsu ni bukan melibatkan nafsu syahwat je.. nak melawa-lawa.. nak berhias.. nak pakai dan bergaya yang cantik-cantik supaya jadi cantik pun nafsu juga.. cer tak ada nafsu... ada dikatanya pucat macam mayat hidup.. boleh gitu.. cekik kang baru tahu.. tak pun gigit tengkok tu.. mahu terkencing-kencing. Tak kisahlah apa pun anggapan tentang cantik.. hormatilah. Dengarkan sahaja,, habis kisah.

Boleh digilap. Bakat ada yang dianugerahkan semulajadi. Ada juga bakat yang diasah atau digilap hingga menjadi.Ibarat belakang parang.. hari-hari diasah tajam jugakan. Begitu juga nak cantik. Atau kecantikkan ni. Untuk mencantikkan luaran.. ada memerlukan kos yang tinggi.. ada juga yang biasa-biasa.. tak kurang yang tak perlukan kos pun.. anugerah.. alhamdulillah sangat tu.. tidak kira la dari usaha yang bagaimana.. yang penting tidak langkah hukum.. tidak sisihkan syariat.. tidak juga abaikan amaran-amaran Tuhan. Itu kisahnya mahu cantik luaran..mahu dipandang sempurna oleh sesama manusia.

Namun, bagi PC.. paling mahal pada seseorang itu adalah cantik hatinya. Cantik semuanya bila cantik hati. Tak kiralah berada di mana pun.. berada di kelompok mana pun... dengan siapa pun dia adabtasikan dirinya.. cantik hati maka cantik keseluruhannya.. inshaAllah.. aamiin.. aamiin.. aamiin. Tetapi bukan bererti orang yang cantik itu buruk akhlak dan hatinya ya. Tidak.Masing-masingkan ada bawaan masing-masing. Ada pakej sendiri-sendiri gitulah.

Tinta Perdu Cinta
Cantik semuanya bila cantik hati

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama