Berputus Asa?..Kalau Boleh Elakkan.

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BERPUTUS ASA?..KALAU BOLEH ELAKKAN | "Macam roller coaster"."Macam juga air laut ada pasang dan surutnya".Dua perumpamaan mudah dan ringkas yang PC berikan membanyangkan tentang perjalanan kehidupan kita di dunia ini.Secara keseluruhannya,baik dari lahiriah(fizikal/luaran)..mahupun batiniah(perasaan/emosi/fikiran).

Ada ketikanya kita tersangat bersemangat.Luar biasa semangatnya.Ada ketikanya kadang bukan diri kita pula jadinya.Entah ke mana pula perginya semangat yang tumbuh subur sebelum ini.Lemau tidak terbendung.Hehehe.Itulah yang PC kata di awal tadi.."Macam roller coaster"..ada up and down.

Seandainya berada di situasi selesa pun banyak hal boleh berlaku..apatah lagi ketika berada dalam keadaan atau situasi berputus asa.Akan lebih luas peluang dan ruang yang membolehkan aura tidak baik mendekat dan seterusnya meresap pada emosi dan fikiran kita.

Berputus asa?..kalau boleh elakkan.Siapa yang tidak pernah ada rasa berputus asa.Syabaslah PC ucapkan.Alhamdulillah.PC sendiri adakala berasa berputus asa dalam sesetengah  perkara juga sebenarnya.Ianya idak boleh dinafikan kerana kudrat kita yang sangat terhad berbanding keinginan kita yang lazimnya tiada batas.

Berputus asa bukan satu hal yang baik.Lebih-lebih lagi berputus asa ketika melakukan perkara yang baik.Itu sangat merugikan.Tetapi kalau berputus asa dalam perkara yang memudharatkan..itu memang paaaaaling terbaiklah.Hehehe.

Kalau boleh elakkan berputus asa...elakkanlah.Dekatkan diri dengan Allah SWT.Cari pendekatan terbaik untuk kumpul semula semangat dan keyakinan supaya boleh bangkit semula dengan lebih tegar dan fokus.Semaikan pada diri sentiasa yakin pada-NYA..PC sendiri pun sentiasa ingatkan diri sendiri..prbaiki mana yang MESTI  diperbaiki menjadi lebih baik.InshaAllah.Aamiin.

related image
Berputus Asa?..Kalau Boleh Elakkan | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ada waktu, kita rasa mcm da putus asa!
    tak menjadik, kan. aduhai...
    aduhai...
    tapi tu la, kekadang ia bukan rezeki kita, belum masa kita, bukan utk kita.
    bulatkan hati, 'hidup' semula.
    aida kerap nasihatkan anak-anak bab putus asa ni, pc.
    dlm menasihati diorang, aida pun mcm terkena btg idung sendiri.
    aida x nak diorang anggap, satu satu perkara tu abis dgn negatif, will always be like that.
    tidak.
    next, maybe turn awak plak, anak-anak. tapi perkara yg lain.
    therefore, jgn putus asa. buat lebih baik lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kadang rasa putus asa tu kita tak nak pun..tapi mungkin dek semangat yang kian luntur..tak pun menipis..jadi rasa putus asa tu mudah sangat-sangat nak dekat dan terjadi..lagi-lagi bila banyak fikir dan tertenya-tanya..lagilah..

      Padam
  2. kdg2 tu kita kena sedar kemampuan kita so beralah je lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beralah tidak rugi pun kan Cikgu..cuma kadang orang tak nak beralah sebab risau dengan anggapan negatif orang yang kata dia takut,lemah dan sebagainya.

      Padam
  3. Jgan b'putus asa utk membuat kebaikan dan mencari rahmat Allah.. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sagat..dalam bab ni tolonglah jangan berputus asa.

      Padam
  4. Walaupun kita sering kecewa tetapi jangan sekali berputus asa

    BalasPadam
  5. Tak dinafikan sbg manusia mmg tak lari dari perasaan putus asa, cuma yg membezakan seorang mukmin adalah sifat terus berusaha dan yakin Allah pasti memberikan jalan. Kita mungkin merasa penat, kecewa atau mengalah, tapi tidak semestinya ia bermakna putus asa. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua atas setiap ujian dan dugaan serta usaha yg diberkatiNya.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama