HUJUNG-HUJUNGNYA TETAP DARIPADA-NYA | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Salam Jumaat indah. Jumaat akhir dibulan September. Banyak perkara berlaku dalam kehidupan kita. Tidak pun yang berlaku dalam kehidupan insan-insan disekeliling kita. Bila berlaku pada kita orang lain melihat dan cuba turut sama merasakannya. Begitu jugalah sebaliknya,, bila berlaku pada orang disekeliling kita.. kita pun turut sama berasakannya dan sedayanya cuba menghayati situasi.
Bersebab. Ada sebabnya. Alasan yang didengar. Alasan yang diterima adalah daripada sebab yang dialami sendiri dan dari sebab yang dimaklumkan. Nampak macam kecil, sebenarnya apa pun sebab yang berlaku memberi impak yang dalam dan besar dalam pemikiran dan tindakkan seterusnya dalam kehidupan seseorang itu.
Gambar Sekadar Hiasan
Setiap apa yang berlaku menyumbang banyak tindak balas dan maklum balas pada kita juga. Besarkah atau kecilkah..cepat atau lambat, kata-kata juga mempengaruhi apa yang telah, sedang dan akan kita fikir juga lakukan. Tidak boleh tidak, untuk membuang atau menghakis segala apa yang didengar.. apa yang dilihat dan apa yang dialami itu bukan hal remeh dan tidak juga perkara ringan.
Segenap apa yang berlaku, biarpun nyata sebab atau alasannya kerana sesama manusia.. atau kerana tingkah serta khilaf sendiri juga.. perlahan-lahan terapkan pada diri bahawa pada setiap apa yang terjadi.. hujung-hujungnya tetap daripada-NYA semua. Baik nikmat atau dugaan..semua dripada-NYA.. kerana izin-NYA.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hujung-hujungnya Tetap Daripada-NYA
Tags:
Santai
Selamat menyambut penghulu segala hari. Cuma yg sedihnya masih x dpt giliran nak bersolat jumaat.
BalasPadamSemuanya dari Allah
BalasPadamseimbangkan..banyakkan amal timbangan ke akhirat .Insha Allah
BalasPadam