JENTIK HATI. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Jumaat indah dan barakah. Semoga semua sentiasa di bawah kasih sayang Allah swt. Tak kiralah berada di mana pun ketika ini. Dipermudahkan segenap urusan. Lancar apa yang direncanakan. Dalam setiap rangan kita hamba sudah pasti ada ketetapan Allah swt juga. Allahu. Selawat ke atas MU YA RASULULLAH SAW.
Ada rasa terjentik hati tak hari ini. Kadang Allah swt nak beri hidayah pada kita tak semestinya dengan hal yang besar-besar. Kecil-kecil sahaja, halus dan lembut juga. Walau kadang ada juga Allah swt jentik hati kita dengan cara yang lebih keras dan tegas. Semua ikut kemampuan kita hambaNYA. PC percaya akan hal itu.
Jentik hati. kadang kita rasa pedihnya la. Kadang sedihnya la. Tak kurang juga menggeramkan hati pun ada. Mendidih perasaan. Mula jugalah fikir dan berprasangka yang tidak-tidak. Lupa terus nak bersyukur. Lupa terus banyak perkara. Tapi bila difikirkan semula, tidak mustahil itu semua ada alasannya daripada Allah swt untuk jentik hati kita ni supaya sedar semula. bagi kita tak selesa sangat. Buat kita sedar diri dan ingat-ingatlah.
Kadang tu tiba-tiba ada rasa. Tiba-tiba tergerak hati. Hatinya condong ke sana atau ke sini. Bagi kita macam tiba-tiba tapi tidak bagi Allah swt kan. Kita terkejut dengan perubahan orang, eh kenapa tia-tiba. Sebenarnya terasa dijentik hatinya oleh DIA juga. Serta merta itu pada penilaian sesama kita tapi prosesnya telah lama DIA susun baik kita sedar atau tidak sahaja. Pengatur terbaik.
Kesimpulannya, dengan sepatah perkataan pun ianya boleh jentik hati kita dengan izin Tuhan. Jadi, tiada sebab khusus boleh jentik hati sesiapa pun kerana petunjuk daripada Allah swt itu banyak dan luas. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta ❤
JENTIK HATI
Tags:
Santai
Allah sentiasa melindungi hambaNya yang beriman ..InshaAllah
BalasPadamakan tiba juga masa bila hati kita dijentik.
BalasPadam