Besar Hati

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BESAR HATI

Masuk hutan mencari rotan
Rotan dijual bertan-tan
Elakkan hanyut dengan hasutan
Besarkan hati teguhkan pendirian

Jangan ditiru perangai syaitan
Suka berbisik untuk menyesatkan
Walau sakit kata-kata dipendengaran
Anggap sahaja angin yang berhembusan

Hancur berderai kaca terhempas
Tertusuk kaca ditangan kanan
Biarpun berat beban digalas
Besarkan tekad maju ke hadapan

Sukar dijangka ribut taufan
Sesekali datang sangat menakutkan
Sekalipun payah untuk melupakan
Selalulah cuba memaafkan

Enak sungguh buah Longan
Manisnya sukar dilupakan
Tiada yang sempurna dalam kehidupan
Besarkan hati menerima kekurangan 

Sekian.

#moga Allah SWT tidak berpaling

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama