Peluang Sentiasa Ada

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PELUANG SENTIASA ADA | Allat swt tidak kejam.Manusia yang seringkali memejamkan mata membiarkan peluang yang ada berlalu begitu sahaja dengan sengaja.Mungkin ada yang beranggapan peluang datang cuma sekali..tetapi bagi PC peluang sentiasa ada.Maaf ya kalau mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat PC.

Peluang itu juga salah satu daripada bentuk rezeki daripada Allah swt.Peluang untuk lakukan sesuatu,memiliki sesuatu dan merencana sesuatu sesuai dengan mahu dan mampunya seorang manusia biasa itu sentiasa ada.Ya,ada.

Peluang atau kesempatan ni ibarat jalan yang ada banyak cabang.Nak ke satu-satu destinasi tu tidak semestinya dengan satu jalan atau laluan sahaja kecuali memang bentuk muka buminya yang menyebabkan cuma satu jalan atau laluan sahaja yang boleh digunakan untuk menghubungkan.

Peluang sentiasa ada.Bila sebut peluang sebenarnya tidak hanya tertumpu pada satu points tertentu sahaja.Ada banyak cabangnya yang boleh dikembangkan dan diperluaskan.Ikutlah cara masing-masing mengisi peluang yang ada sebaik-baiknya.

Blog ini mediumnya.Blog boleh digunakan untuk menjana pendapatan.Boleh digunakan untuk menyebar ilmu,info dan sebagainya.Blog juga boleh menjadi wadah bersosial dengan cara sihat sambil berukhuwah dan mendidik diri sendiri serta orang lain inshaAllah.Ini contoh mudah peluang sentiasa ada melalui blog dan menjadi seorang blogger.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.