Hancurkan Tembok Itu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HANCURKAN TEMBOK ITU

Dari selapangnya tanah
Disusun batu-batu
Kukuh menjadi tembok
Tinggi menjadi dinding
Didiamilah penghuninya
Menjadi tempat berlindung

Diwarnakan indah
Dihias cantik molek
Seperti apa dimahu
Untuk selesa dan sejahtera
Tembok itu terus kukuh di situ

Hancurkan tembok itu
Tembok yang dicipta manusia
Untuk menghalang bahagia manusia lain
Tembok yang dibangunkan manusia
Untuk menjadi sempadan beza darjat

Wahai manusia
Andai sudah dicipta tembok-tembok itu
Hancurkanlah secepatnya
Lenyapkan sementara punya masa
Yang mencipta beza itu manusia
Di pandanganNYA setara sama

Hancurkanlah setiap tembok dihati
Hancurkanlah semua tembok dilisan
Hancurkanlah banyak tembok diperbuatan

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama