Cemburulah Sungguh-sungguh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

CEMBURULAH SUNGGUH-SUNGGUH | Sifat dan perasaan atau rasa cemburu itu sebenarnya condong kepada suatu perangai yang negatif.Sebutlah kepada sesiapa pun persepsi pertamanya adalah tidak baik bila ada rasa cemburu.

Cemburu.Keterlaluan.Sedikit.Kena pada tempat dan waktunya serta beralasan kukuh.Bagi PC setiap satunya ada perbezaan justeru bila sebut perkataan cemburu,bila dengar ada yang mengatakan dia cemburu PC sendiri tidak gemar untuk terus membuat kesimpulan ianya suatu yang negatif dan perlu terus ditepis atau dikikis.

Dah kenapa?!?.Cemburu tu cemburulah.Eh,tak juga .. .. ..

Ada orang hari ini hidupnya sangat berjaya yang dulunya berpunca daripada rasa cemburu yang sangat mendalam dan terlalu menebal.Kerana rasa cemburu itulah dia berusaha bersungguh-sungguh dengan jalan dan cara yang positif.Tiada dengki.Tiada iri hati.Tiada memasukkan aura-aura membinasakan orang lain dan diri sendiri.Dikemudia rasa cemburu itu dengan kaedah paling maksimum dan baik.Alhamdulillah.

Tidak kurang,ada orang sudah cukup baik serba serbinya.Elok semua.Namun angkara rasa cemburu merosakkan dan membinasakan bukan hanya diri sendiri malah melibatkan orang lain juga.Betapa rasa cemburunya begitu membutakan dan membuat diri segelintir manusia hilang juga mati arah dan rasa.

Cemburulah sungguh-sungguh.Pulak?!.Ya.

Cemburulah sungguh-sungguh dengan zuhudnya Saidatina Khadijah isteri kesayangan dan para sahabat Rasulullah SAW.Qanaahnya insan-insan yang sedari dunia lagi sudah dirindui dan dicintai penghuni syurga..cemburulah pada hamba-hamba Allah SWT yang kedudukkannya di atas namun hati dan nafsunya sentiasa sujud padaNYA.Allahu.Cemburulah.

Sekian.

#moga Allah SWT tidak berpaling

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ada yang boleh kita cemburukan ada yang kena berpada-pada..

    BalasPadam
  2. cemburu kepada perkara yang baik sangat digalakkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,supaya yang baik itu boleh kita lakukan juga.

      Padam
  3. betul tu.. kalau cemburu ke arah yg lebih positif lebih baik. contoh cemburu tengok kawan pandai mendorong diri belajar lebih bersungguh2. cemburu tengok kawan sekerja cekap melaksanakan tugas, mendorong diri bekerja dengan lebih baik.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cemburu yang dalam masa sama jadi motivasi pada diri menjadi lebi baik dan maju..

      Padam
  4. waalaikumussalam. cemburu ke arah positif dan membawa kebaikan itu harus :D

    BalasPadam
  5. cemburu... amalan dia lebih baik dari pada saya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama