Memacu Semangat

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MEMACU SEMANGAT |Menyuntik semangat itu mudah tapi mahu mengekalkan peratus semangat sentiasa berada pada tahap maksimum itu bukan satu perkara mudah.Cabaran sentiasa ada.Langit tidak sentiasa cerah sesekali mendung juga.

Buah kedondong lebat buahnya
Ambil setangkai untuk mak ngah
Jangan berhenti berdoa padaNYA
Moga semangat terbina gagah

Sangat digalak bergiat aktif
Jangan gelojoh berdikit-dikit
Dekatilah sumber positif
Semangat yang luntur kembali bangkit

Sihat semua ternakkan sereban
Cukup terjaga cukup makanannya
Andai rebah dengan dugaan
Bawa diri merapat padaNYA

Bersemangat menjelajah seluruh benua
Mendekati alam ciptaan Tuhan
Sebelum meminta pandangan manusia
Minta terlebih dahulu petunjuk Tuhan

Bukan mudah mencari berkat
Berkat hidup mewah rahmat
Lakukan sesuatu memacu semangat
Mencontohkan sesuatu perkara bermanfaat

Sekian

#moga Allah swt sentiasa merahmati

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. PACU SEMANGAT KE MERCU JAYA DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
  2. In shaa Allah, sama2lah kita terus berdoa dan berusaha agar sentiasa diberi semangat utk mengerjakan kebaikan demi keberkatan dunia dan akhirat.. aamiin.

    BalasPadam
  3. Pantun berhikmah..teruskan berkarya

    BalasPadam
  4. Nice pantun nasihat PC.
    Santai penuh bermadah.

    BalasPadam
  5. betul tu, disiplin pun kena ada untuk istiqamah bersemangat...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama