DI BAWAH LANGIT ILAHI

DI BAWAH LANGIT ILAHI |  بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Di mana pun berada kepada Allah swt kita mohon perlindungan dan pertolongan.Melihat tingginya langit.. subhanaAllah indah. Memandang di mana kaki dijejakkan.. masyaAllah nikmat.

related image
Di Bawah Langit Ilahi 

Di bawah langit Ilahi kita membina kediaman. Kediaman untuk berteduh daripada panas dan hujan. Kediaman untuk selesa ketika beribadah dan beriadah. Kediaman untuk membina sebuah keluarga yang sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah swt.

Tidak perlu mewah keterlaluan*mampu silakan*..barangkali sederhana sudah memadai. Bagaimana reka bentuknya, apa warnanya itu selera dan selesa masing-masing. Mahu dan mampu silakan. Mahu kurang mampu usahakan lagi.Mahu tapi tidak mampu, mohon bantuan pada pihak berwajib. Solusi sentiasa ada, inshaAllah.

Daripada sebuah rumah. Di situlah madrasah pertama dan utama bagaimana anak bangsa ter'acuan'kan.. walaupun tidak sepenuhnya menjadi penyumbang dalam pembentukkan sahsiah atau jati diri seseorang kerana pendidikkan di sekolah juga turut meyumbang, namun bermula dari rumah itulah corak pertama dilakar.

Siapa pun kita hari ini yang bernafas di bawah langit Ilahi.. mulanya kita daripada keluarga yang tinggal di dalam sebuah rumah. Sekeluarga. Jadikanlah kediaman kita itu sentiasa ada daya tarikannya, sentiasa selesa dan sentiasa menjadi tempat beribadah dan beristirehat yang tenang.

Tinta Perdu Cinta ❤
Di bawah langit Ilahi




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Tapi jangan pula sampai menongkat langit....

    BalasPadam
  2. Di bawah langit Ilahi kita semua sama sahaja

    BalasPadam
  3. Sangat bersyukur di bawah limpahan kurnia-Nya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama