JADILAH YANG BIJAK MENGENDALI SITUASI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Orang marah kita. Kita balas dengan diam dan tersenyum seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Orang fitnah kita kita tetap layan itu dengan sebaik-baik adab dan akhlak. Apa pun yang orang lakukan tidak buat kita rasa dembira dan selesa kemudian kita balas dengan sesungguhnya kebaikkan, JUJUR itu tidak mudah. SANGAT tidak mudah. Mungkin ada yang berjaya melakukan.
Bekukan fikiran, hati dan diri menghadapi situasi yang mencabar dan mengancam iman juga rasa sabar itu perlu satu kekuatan dalaman dan kejernihan hati yang bukan biasa-biasa. SUSAH. Nak buat macam tidak apa apa-apa yang berlaku sedangkan kita sedang dilukai perasaan dan ditekan fikiran satu gelombang bisar yang mesti ditempun dan dihadam dengan paling terbaik. Fuh. Mahu menggeletar tangan tahan amarah. Mahu seperti empangan pecah mengalir air mata menahan rasa sakit kecewa.
Boleh menjadi satu senjata. Halus tapi menyakitkan pihak lawan yang kita tidak mahu lawan. Membunuh secara senyap. Melukai secara paling dalam. Menghukum dengan kejam tetapi kita tetap sahaja selamat. Caranya, dadapi kawan atau siapa pun itu musuhmu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan menampakkan sikap angkuh dan sombong. Semakin kita goyah dan menunjukkan tindak balas semakin itu mereka bersorak gembira dan menikmati kemenangan.
Jadilah yang bijak mengendali situasi. kalau pun tidak mampu mengendali situasi seratus peratus paling tidak pun lima puluh peratus dimulai dengan mengendali diri kita dulu. Kalau boleh mengendali diri kita dengan tenang dan baik in sya Allah situasi pun akan menjadi baik. Ya, baik dipihak kita sebenarnya. Pihak lagi satu entah. Gasaklah situ. Haaaaa. Amacam.
Mengalah tidak bererti kalah. Berundur tidak bermakna takut. Menghindar tidak bermaksud salah. Kadang kita perlu muncul bukan untuk menjadi juara sementara tapi muncul membawa sinar yang berterusan.
Tinta Perdu Cinta ❤
JADILAH YANG BIJAK MENGENDALI SITUASI
Tags:
Santai
Ye betul tu berundur tidak bererti takut.
BalasPadamSelalu amalkan sikap 'lantak ko ler. Nak menang, amek lerr' ha gitu.
TENANG MENGHADAPI SEGALANYA USAH KALUT2 KAN
BalasPadammasih belajar untuk jadi tenang
BalasPadamMemang perlu betul-betul bijak mengendali situasi. Kadangkala kita gagal kerana emosi sudah mendahului waras akal.
BalasPadammoga2 thn 2022 lebih tenang tp tula kdg2 persekitaran tu bole merubah emosi kita
BalasPadamBila sedang marah lebih baik diam. Tapi jangan sampai kena pijak kepala
BalasPadam