KEMBANGKAN PEMIKIRAN YANG KRITIS HINDARI EMOSI YANG KRITIKAL

KEMBANGKAN PEMIKIRAN YANG KRITIS HINDARI EMOSI YANG KRITIKALبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan baik buruknya terlebih dahulu) inilah dia yang membawa maksud kepada frasa kritis, manakala kritikal pula bermaksud menunjukkan atau mungkin menimbulkan krisis.

Kembangkan pemikiran yang kritis. Mulakan dengan berfikiran positif. Biasanya kita boleh dan lebih mudah untuk berfikiran positif sebelum kita tahu akan sesuatu hal itu. Tahu tu tidak kiralah orang lain sampaikan kepada kita, atau kita dengar dan lihat sendiri, tidak pun kita yang mencari sendiri  pada sumber yang ada dan mudah didapati seperti media sosial, media cetak dan sebagainya. Agak susah mahu menjurus ke arah berfikiran positif seandainya sesuatu hal itu telah kita ketahui walaupun sahih atau tidaknya masih lagi samar-samar. Jangan pelik kerana itu yang sering terjadi pun.

Mahu sihat fizikal, mental dan rohani mahu tidak mahu kita mesti kembangkan pemikiran yang kritis. Ya, memang pemakanan menjadi salah satu faktor utama dan penting jugakan, namun pembentukkan dalaman yang bersih juga jangan dipandang sebelah mata kerana kombinasi sihat fizikal dan mental serta emosi adalaha sangat membentuk keperibadian seseorang insan itu keseluruhannya. pemikiran yang kritis itu satu pemangkin besar dalam menjalani kehidupan kita sebenarnya. Bila secara individu bijak menimbang baik buruk kemudian di bawa kmenjadi kumpulan ianya membentuk satu lingkungan yang baik. In sya Allah. 

KEMBANGKAN PEMIKIRAN YANG KRITIS HINDARI EMOSI YANG KRITIKAL

Pemikiran sudah kritis, rugi jugakan kalau emosi terumbang ambing tidak tentu hala. Bila pemikiran sudah kritis, bererti emosi yang kritikal dapat diolah menjadi emosi yang stabil dan sihat serta selamat juga. Sihat daripada simtom penyakit hati, selamat daripada membawa akal seterusnya seluruh jasad untuk tidak melakukan perkara yang tidak baik dan sia-sia. Cabaran hidup kian mencengkam. Semakin berat dan sarat dengan pelbagai dugaan sana sini. Jadi, kalau boleh kita kembangkan pemikiran yang kritis sentiasa kemudian hindarilah emosi yang kritikal supaya tidak timbul banyak krisis dalam kehidupan seharian kita. Biar hidup sederhana tapi tenang selalu bersama-sama kita. Aamiin. In sya Allah. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
KEMBANGKAN PEMIKIRAN YANG KRITIS HINDARI EMOSI YANG KRITIKAL 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga kita sentiasa dikurniakan pemikiran yang positif dalam setiap perkara atau ujian dalam hidup kita..

    BalasPadam
  2. mata saya tertarik betul tengok warna pinknya cawan tu hehe

    BalasPadam
  3. Budaya berfikir secara kritis ni penting kan…

    Terliur pula saya tengok minuman dan biskut merah jambi tu 😊

    BalasPadam
  4. mudah mudahan kita sentiasa dalam perlindungannya..dikurnaikan ketenangan akal fikiran untuk membuat sebarang keputusan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama