JADILAH YANG BIJAK MENGENDALI SITUASI

JADILAH YANG BIJAK MENGENDALI SITUASI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Orang marah kita. Kita balas dengan diam dan tersenyum seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Orang fitnah kita kita tetap layan itu dengan sebaik-baik adab dan akhlak. Apa pun yang orang lakukan tidak buat kita rasa dembira dan selesa kemudian kita balas dengan sesungguhnya kebaikkan, JUJUR itu tidak mudah. SANGAT tidak mudah. Mungkin ada yang berjaya melakukan. 

Bekukan fikiran, hati dan diri menghadapi situasi yang mencabar dan mengancam iman juga rasa sabar itu perlu satu kekuatan dalaman dan kejernihan hati yang bukan biasa-biasa. SUSAH. Nak buat macam tidak apa apa-apa yang berlaku sedangkan kita sedang dilukai perasaan dan ditekan fikiran satu gelombang bisar yang mesti ditempun dan dihadam dengan paling terbaik. Fuh. Mahu menggeletar tangan tahan amarah. Mahu seperti empangan pecah mengalir air mata menahan rasa sakit kecewa.

Boleh menjadi satu senjata. Halus tapi menyakitkan pihak lawan yang kita tidak mahu lawan. Membunuh secara senyap. Melukai secara paling dalam. Menghukum dengan kejam tetapi kita tetap sahaja selamat. Caranya, dadapi kawan atau siapa pun itu musuhmu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan menampakkan sikap angkuh dan sombong. Semakin kita goyah dan menunjukkan tindak balas semakin itu mereka bersorak gembira dan menikmati kemenangan.

JADILAH YANG BIJAK MENGENDALI SITUASI

Jadilah yang bijak mengendali situasi. kalau pun tidak mampu mengendali situasi seratus peratus paling tidak pun lima puluh peratus dimulai dengan mengendali diri kita dulu. Kalau boleh mengendali diri kita dengan tenang dan baik in sya Allah situasi pun akan menjadi baik. Ya, baik dipihak kita sebenarnya. Pihak lagi satu entah. Gasaklah situ. Haaaaa. Amacam.

Mengalah tidak bererti kalah. Berundur tidak bermakna takut. Menghindar tidak bermaksud salah. Kadang kita perlu muncul bukan untuk menjadi juara sementara tapi muncul membawa sinar yang berterusan.

Tinta Perdu Cinta ❤
JADILAH YANG BIJAK MENGENDALI SITUASI 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ye betul tu berundur tidak bererti takut.

    Selalu amalkan sikap 'lantak ko ler. Nak menang, amek lerr' ha gitu.

    BalasPadam
  2. TENANG MENGHADAPI SEGALANYA USAH KALUT2 KAN

    BalasPadam
  3. Memang perlu betul-betul bijak mengendali situasi. Kadangkala kita gagal kerana emosi sudah mendahului waras akal.

    BalasPadam
  4. moga2 thn 2022 lebih tenang tp tula kdg2 persekitaran tu bole merubah emosi kita

    BalasPadam
  5. Bila sedang marah lebih baik diam. Tapi jangan sampai kena pijak kepala

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama