Header Ads

Bersahabatlah Wahai Insan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERSAHABATLAH WAHAI INSAN

Suratan atau kebetulan
Tiada kebetulan pada setiap suratan
Bersahabatlah wahai insan
Baiknya diambil buruknya sisihkan

Tiada buluh ambillah rotan
Tetap sahaja boleh digunakan
Bersahabatlah wahai insan
Bangunkan sunnah yang diwariskan

Cukup ringkas memberi ulasan
Biar ringkas tetap menerima balasan
Bersahabatlah wahai insan 
Cuma hati yang membezakan 

Mendengar guruh berasa gerun
Belum tentu hujan mahu turun
Bersahabatlah dengan sesiapa pun
Sebarkan apa sahaja kebaikkan

Indah seni sebuah lukisan
Indahnya bukan cuma hiasan
Bersahabatlah wahai insan
Niat utama kerana Tuhan

Lemak harum aroma santan
Binasa pulut kerana santan
Bersahabatlah wahai insan
Bersahabat terus dengan Allah Quran 

Sekian

sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

20 ulasan:

  1. InsyaAllah bersahabat kerana Allah..

    BalasPadam
  2. saya suka bersahabat dengan jua..banyak ilmu dapat..alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih SS.Begitu juga Jua berlapang dada bersahabat dengan SS.

      Padam
  3. saya pun jenis orang yang suka bersahabat. alhamdulilah sahabat saya dr mana2 pun ada. cuma mungkin kita tak pernah bersua muka. apa2 pun ikatan di maya ni pun kengkadang boleh dapat rasakan kehangatannya. betul tak dear?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.kadang bersahabat di alam maya ini pun sebenarnya manis dan indahnya luar biasa.Unik kerana boleh kekalkan ukhuwah tanpa bertemu lansung itu besar cabarannya.

      Padam
  4. Semoga ukhuwah berkembang dan berkekalan

    BalasPadam
  5. Sedih bila ada yg mula menjauh..senyap seribu bahasa..meninggalkan harapan tergantung sepi..memusnahkan impian yg baru hendak menampakkan sinar 😓

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar dan redha.Doa inshaAllah nanti Allah hadiahkan yang lebih pandai menghargai.

      Padam
  6. insyaallah bersahabat kerana Allah pasti ada ganjaran kebaikannya

    BalasPadam
  7. Insyaallah kak pc.. bersahabat kerana Allah.. Moga dipermudahkan segalanya..

    BalasPadam
  8. bersahabat dengan sesiapa saja tapi pilihla yang terbaik..
    sahabat kita cerminan diri..

    BalasPadam
  9. Semoga silaturrahim kita semua sentiasa diberkati dan mendapat bnyk hikmah kebaikan atas setiap persahabatan yg terjalin... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju,betul sangat inshaAllah.Aamiin.Mendapar kebekatan itu utama.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..