Biar Bersambung Jangan Biar Terputus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BIAR BERSAMBUNG JANGAN BIAR TERPUTUS 

Bila mahu lakukan amal kebajikan baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain..teruskan kerana Allah SWT..dengan syarat pastikan hati betul-betul sudah kukuh untuk tidak berasa sesuatu yang kelabu dan mampu menepis rasa yang membinasa.Tulus.Lurus.Andai mahu dipamerkan,pamerkan juga kerana Allah supaya kebaikkan itu dicontohi dan dilakukan lebih baik oleh orang lain..agar,ganjaran kebaikkannya biar terus bersambung.

Sedari zaman Rasulullah SAW,tidak semua boleh terima kebaikkan dan hakikat kebenaran.Namun tidak hairan mengapa sanggup memusuhi dan dijadikan musuh bagi mereka yang sedang merintis jalan yang lurus.Tidak jauh beza akhir zaman ini.Musuh daripada luar itu berbahya,tapi lebih bahaya musuh yang memang ada dalam tubuh kita sendiri.Jangan biar terputus dan erhakis nilai murni yang ada pada diri kita kerana sikap diri sendiri juga.

Kata mudahnya;

Kita buat baik,orang contohi maka ganjaran kebaikkan itu kita terus perolehi bersambung dan bersambung.Bila kita buat baik namun tiada keikhlasan atau lakukan keburukkan,ia sama seperti kita biar banyak tali kebaikkan itu putus satu persatu..lebih-lebih lagi kalau ianya tetap ditiru oleh orang lain dan mengamalkannya maka semakin banyak terputusnya ikatan-ikatan itu.

Sekian

sama-sama mencari redha Allah SWT 

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. InsyaAllah...semoga kita sentiasa lillahitaala

    BalasPadam
  2. Sayangi dan hargai nyawa yang Allah berikan.. kehidupan mendatang perlu dp i hadapi ..moga selamat Negara Malaysia dari terus di landa wabak

    BalasPadam
  3. buat baik, buat dengan ikhlas...ada orang kata, kalau ragu2 kita riak, teruskan juga buat kebaikan tu sebab bila kita tak jadi buat, syaitan berjaya bisikkan hasutan supaya kita tak buat kebaikan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama