Header Ads

Cuaca Yang Semakin Membahang Dan Terik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CUACA YANG SEMAKIN MEMBAHANG DAN TERIK |Alhamdulillah setiap hari cuaca sangat cantik.Awal pagi sudah terlihat cahaya matahari.Terang.Sangat-sangat terang.SubhanaAllah.Hujan itu nikmat.Panas itu juga nikmat.Syukuri.Bila basuh baju.Jemur cepat keringnya.

Hujan yang berterusan buat hati gelisah kerana khuwatir banjir melanda.Begitu juga bila panas terik lazimnya membawa kepada kemarau.Dan akhir-akhir ini,cuaca yang semakin membahang dan terik berlaku di mana-mana.Rasa lain macam panas terik peritnya.Badan sentiasa berpeluh.Tekak sentiasa kering dan berasa dahaga.Satu yang PC terfikir,beginikah nanti di Padang Mahsyar.Barangkali lebih panas lagi.Tidak mustahil lebih membakar lagi bergantung pada rezeki dan amalan masing-masing juga.Aamiin.

Bila musin panas begini pokok buah-buahan mula mengeluarkan hasil.Benarlah tiada yang sia-sia pada setiap apa yang Allah SWT izin berlaku di alam ini.Rasa tidak selesa itu bukan satu yang boleh dinafikan.Bila terlalu terik dan keadaan kering,tubuh badan mudah berpeluh,mudah letih.Rasa tidak selesa itu timbul.Ditambah dengan situasi terkini.Mungkin hati pun mudah berasa panas.Jadi,banyakkan beristighfar.

Potensi berlakunya gangguan kesihatan adalah sangat mudah.Demam.Batuk.Selesema.Sangat-sangat mudah berlaku dan berjangkit,justeru setiap daripada kita mesti berusaha jaga kebersihan dan kesihatan sebaik-baiknyalah ya.Tidak dinafikan,mood berblog boleh jadi terapung-apung juga.

Bersabarlah.

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

7 ulasan:

  1. Kak ana pun terkesan. Blog lama tak berupdate ha. Hehe. Tp nikmat hujan plg kak ana suka. Dgr je guruh dan kilat hati dah berbunga. Bila hujan lebat cpt2 tadah tgn berdoa. ::

    BalasPadam
  2. KAT TEMPAT KAK KADANG2 HUJAN JUGA WALAU BAHANG PANAS TERASA

    BalasPadam
  3. pagi aje matahari dah tinggi panasnya.. tengahari pulak redup, petang panas lagi.. apapun cuaca, alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Memang sekarang cuaca sangat panas. Emak kata, kalau dekat bulan Ramadhan memang panas, tapi tahun ini panasnya macam lain macam pula. Semoga kita sentiasa dalam rahmat-Nya. Selamat menyambut ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

    BalasPadam
  5. harap2 bulan puasa nanti dah kurang panasnya

    BalasPadam
  6. aduhh sekarang memang panas cuaca..malam2 boleh terjaga dari tidur sebab panas..huhuhu

    BalasPadam
  7. Sekarang panas, hujan langsung tak turun minggu ni.
    Kena banyak minum air.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..