Header Ads

Lindungi Sebuku Darah Iaitu Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LINDUNGI SEBUKU DARAH IAITU HATI |Bila memandu dipandu oleh alat petunjuk arah apa pun jenama dan jenisnya,kita mahu tidak mahu meletakkan kepercayaan kepada kecanggihan teknologi itu.Kalau salah maka salahlah laluan kita nanti.Bererti tidak mustahil ianya boleh buat kita sesat juga daripada menemui destinasi asal dan utama.Ringkasnya ketika dalam menggunakan sebarang aplikasi pandu arah.Lebih-lebih bila tuju tempat baru dan asing serta pertama kali untuk kita.Berlaku kesilapan itu tidak mustahil.Harap maklum.

Bila kita memanfaatkan apa yang dicipta manusia,ada kelemahannya itu wajar kerana sempurna itu MILIK DIA.Berbanding setiap inci yang telah Allah SWT ciptakan.Allahu.Maka pada setiap sujud dan ketika menadah tangan setiap kali berdoa..mintalah DIA lindungi sebuku darah iaitu hati yang ada dalam tubuh kita agar sentiasa dijalanNYA.Itulah kompas,acuan dan pandu arah seluruh jasad manusia berteraskan Al Quran,hadis dan sunnah.

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(A-li'Imraan 3 : 8)

Besar kesannya bila hati berada teguh pada jalanNYA.Dan besar juga musibahnya bila hati mula terpesong jauh daripaNYA.

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah SWT



logoblog

10 ulasan:

  1. semoga hati kita tidak menjadi hitam dgn tompokan noda n dosa..
    jom join segmen d blog abe kie..

    BalasPadam
  2. bersama menjaga yang paling susah nak dijaga... ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah..bukan kerja mudah nak jaga hati.Banyak dugaannya.

      Padam
  3. Jika busuk, busuklah seluruh jiwa dan jika bersih, maka bersihlah semuanya. Moga sama2 kita semua sentiasa dpt menjaganya.. aamiin. T kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita semua sentiasa berdoa agar Allah cantikkan hati kita..aamiin.

      Padam
  4. Thank you kak PC selalu berkongsi dan buatkan husniey terfikir dan merenung kekurangan diri.. Kita kena banyak taddabur makna dalam ayat Quran selain membacanya.. Baru hati terdidik kan.. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah Husniey.Kita sama-sama berusaha jadi hambaNYA yang lebih baik setiap hari.

      Padam
  5. Nauzubillah...semoga kita dijauhkan dari terpesong dariNya

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..