Header Ads

Janji

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANJI

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Janji mudah diungkapkan
Mesti tunai jangan buat tidak tahu

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Janji jangan asyik bertukar
Lama-lama orang benci

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Bila berjanji memang laju
Bila menunai jangan berlama-lama

Menari-nari burung kenari
Menari sepasang ke sana sini
Janji tidak mengulagi
Ubah akhlak perbaiki diri

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Manis janji enak didengar
Mungkir janji binasa badan

Sudah tumpul mata gergaji
Tukar baru kilat sekali
Janji dengan diri sendiri
Berubah baik kerana Ilahi

Sekian

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

10 ulasan:

  1. Lama Kak Feni tak singgah sini. Suka dengan setiap madah PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak urusan ya Kak Feni...terima kasih kak.

      Padam
  2. Janji wajib ditepati.
    Menarik sungguh pantun PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rasa tak oleh tepati janji..jangan berjanji kan Mrs A.

      Padam
  3. Dua tiga kucing berlari,
    Mana nak sama di kucing belang;
    Tinggi pekerti tepati janji,
    Jangan mengikut resminya lalang.

    Happy blogging & done follow! cakpong!cakpong!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...alhamdulillah..yeyy berpantun.Terima kasih follow blog PC.Alhamdulillah PC dah follow semula blog SS.

      Padam
  4. Pantun2 menarik zaman berzaman kan

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..