Senaskah Ceritera Kehidupan

SENASKAH CERITERA KEHIDUPAN | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Al Quran itu wahyu daripada-NYA kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril. Sedikit demi sedikit disampaikan. Sehinggakan menjadi lengkap sebuah kibat. Kitab yang lengkap menjadi jawapan dan bukti pada setiap persoalan daripada sesiapa sahaja pun. Jika ada persoalan, andai ada keraguan carilah dan dasarilah setiap kalamullah itu. Lengkap segenap perkara juga urusan. Semua jawapan ada dan sahih.

Banyak kisah tercatat dalam Al Quran. Kisah yang mesti dijadikan contoh, peringatan dan fikiran. Berlembar kisah terselit dalam senaskah kitab suci. Jangan lepaskan Al Quran daripada kehidupan kita. Jangan. Di dalamnya bukan cerita dongeng, bukan cerita yang cuma suka-suka direka. Bukan sama sekali. Semuanya kisah yang nyata apa adanya. Ada yang telah sedang dan akan terjadi nanti. Pasti. Tidak ada kepalsuan. Jangan ragu.

Bagaimana pula dalam kehidupan kita.Setiap daripada kita ada dua naskah yang sentiasa terisi dengan banyaknya catatan. Selalu terakam setiap tingkah laku. Untuk nanti dipersembahkan di hadapan Tuhan. Untuk dipertontonkan kepada semua. Dan cuma senaskah ceritera kehidupan sahaja didambakan.Yang mana. Seperti apa isinya. Bagaimana kita melunaskan peranan di dunia.

Senaskah Ceritera Kehidupan

Mungkin di dunia boleh lagi kita mengelak dan mereka pelbagai kisah atau cerita sendiri. Sedap didengar. Logik dek akal yang dangkal. Tapi hakikat nanti dikehidupan yang paling sebenar tidak ada yang akan ditokok tambah di mana-mana. Semana maka segitulah. Lebih maka lebihlah. Bila kurang maka kuranglah. Allahu. Senaskah ceritera kehidupan. Di dunia yang mewah ujian, di akhirat yang penuh kebenaran segala-galanya.

Sekian. 
Tinta Perdu Cinta ❤
Senaskah Ceritera Kehidupan


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama