Hormat Tetap Hormat

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

HORMAT TETAP HORMAT

Anak belalang lompat-lompat
Masih kecil lompatnya terhad
Hormat tetap hormat
Setiap tindakan ada had

related image
Hormat Tetap Hormat

Anak kambing bergurau senda
Perut buncit kenyang rumput
Tidak sedar hari sudah senja
Pulang jangan tunggu dijemput

Comel sungguh anak kura-kura
Perlahan sungguh melangkahnya dia
Walau sibuk mengurus kerja
Azan berkumandang berhentilah segera

Aduh sakit digigit kerengga
Kerengga mengamuk agaknya
Tidak salah bergurau senda
Asal jangan menyakiti sesiapa

Anak itik terkedek-kedek
Pulang petang pun tetap berjaya
Ibu bapa dan adik beradik
Hormat tetap hormat sentiasa

Landak jantan landak betina
Jalan beriringan mencari rezekinya
Alam ini bukan kita yang punya
Saling menghormati sesama makhluNYA

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Orang tua, hormat sampai ke syurga...
    adik beradik, selagi ada hormat sentiasa..
    rakan taulan, hormat berpada-pada..
    saudara mara, hormat ada batasnya...

    BalasPadam
  2. everyone deserve to be respected no matter who they are. lovely post you got here, sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Hormatilah sesama kita kerana itu juga menunjukkan tanda menghargai.

      Padam
  3. Menarik pantun PC.. semoga menjadi peringatan untuk kita bersama kan..

    BalasPadam
  4. Lama dah tak berpantun.. nak kena jawab dengan pantun jugak ke ni?? Heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudi tinggalkan ulasan pun dah besar nikmat untuk PC.

      Padam
  5. Done follow #821
    kreatif pantun ni, panduan bersama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.Terima kasih.Selesai follow juga blog JB.

      Padam
Terbaru Lebih lama