Ibu Bapa Perantara Tiada Hijab

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt

IBU BAPA PERANTARA TIADA HIJAB |Bagi ibu bapa bila Allah SWT anugerahkan mereka anak itu anugerah paling indah. Bagi PC ibu bapa itu salah satu harta yang sangat-sangat berharga dan tidak ternilai yang Allah SWT hadiah dan pinjamkan kepada PC.Allahu. Tiba-tiba sebak. Mahu manangis. Sangat bersyukur PC mama babah masih ada. Kedua ibu bapa mertua juga masih ada. Terima kasih Allah. Walaupun mereka tidak segagah dahulu. Tidak sekuat dahulu dan tidak sesihat dahulu. Walaupun berjauhan,dapat bertanya khabar selalu itu pun sangat membahagiakan.

H I J A B

[hi.jab] | Ø­Ø¬Ø§Ø¨

Definisi1 (kain) tudung penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita. 2 kain penutup, mis tabir atau tirai. berhijab memakai hijab. 

Ibu bapa dan anak atau anak-anak saling menjadi perantara satu sama lain. Mahu tidak mahu itulah kitaran dan hakikatnya. Ibu bapa memerlukan anak-anaknya baik semasa masih hidup atau sudah kembali menghadap Pencipta. Dan, langsung tidak boleh dinafikan, setiap anak itu akan selalu dan sentiasa perlu menjada hubungan dengan ibu bapanya termasuklah mertua.

Hijab itu tudung yang menutup, ibu bapa perantara tiada hijab bererti tiada sekatan kepada ibu terutamanya untuk setiap doa-doanya sampai dan didengari,diterima dan dikabuli oleh Allah SWT. Teringat kata seorang ustaz, langit sentiasa terbuka luas, lapang dan seolah-olah sentiasa menyantuni dengan baik bila mendengar doa-doa daripada wanita yang bergelar ibu. MasyaAllah.Justeru tidak pelik mengapa berkata eh pun tidak dibenarkan dengan ibu. Tapi sebagai anak rasanya bukan sekadar eh, tidak mustahil lebih daripada itu yang sudah seorang anak lakukan. PC tidak terkecuali. Allahu. Gementar rasanya. Takut. Ya, PC takut.

related image
Ibu Bapa Perantara Tiada Hijab | Google image

Ibu dan ayah tidak pernah pandang siapa anaknya, diterima dengan selapangnya hati,apa sahaja pun doa tetap dititipkan selagi mereka masih bernyawa.Doa untuk anak-anak. Andai kita berjaya hari ini, kalau kita ada semua yang diingini, jika setiap yang direncana menjadi,bila semua laluan dan urusan mejadi lancar, ingat dan percayalah ada doa-doa indah bersulam air mata daripada ibu bapa kita. Setiap doa itu ada berkatnya, ada manisnya ada magiknya. Biarpun mungkin ada antara kita yang ibu bapanya sidah tiada. Kesan doanya berterusan dan berpanjangan.

Ibu bapa kita cuma perantara. Namun mereka perantara istimewa. Jangan segan dan lupa untuk minta terus didoakan oleh mereka. Selalu minta maaf.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Ibu Bapa Perantara Tiada Hijab

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rinduu pulak ayah dengan arwah mak :')
    Hargailah mak ayah sementara mereka masih hidup.

    BalasPadam
  2. ibubapa tidak pernah lupa mendoakan anak2nya

    BalasPadam
  3. doa mereka doa paling termakbul.. mereka segalanya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama