Cepat Atau Lambat


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CEPAT ATAU LAMBAT.Bila mula mengetahui mengenai waktu,ketika itulah kita tahu dan sedar bahawa ada hitungan masa atau tempohnya dalam kehidupan kita.Kita tak terkejar waktu.Waktu juga tidak menanti sesiapa pun.Kita berhenti sedang ia terus berdetik.Detik yang berlalu..terus berlalu..terisi atau bersisa.

Cepat atau lambat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Surah Al Asr Ayat 1-4)

Cepat atau lambat.

Bertindak.Bila lambat mesti ada yang kurang berkenan.'Lembab'.'Lambat pick up' dan banyak lagi gelaran yang bakal diberikan untuk orang yang lanbat bertindak.Bagi yang cepat bertibdak..lain pula gelarannya.'Tak sabar'.Gelojoh'.Terburu-buru'.Berbalik pada individu itu.Berbalik pada hatinya juga.Cara masing-masing.Lain orang lain gaya dan wataknya.Ikutlah keperluan,kemampuan dan suka hati sendiri.Potensi setiap orang tak sama.

Akibat.Ada sesetengah perkara kita boleh jangka apa akan berlaku seterusnya.Tetapi sebenarnya banyak hal kita tak mampu pun nak meramal atau meneka apa yang bakal terjadi seterusnya.Akibat itu sukar dijangka.Ramal itu pun hanya anggaran yang mungkin tersasar.Apa yang boleh dikatakan..setiap apa yang berlaku atau dilakukan ada akibatnya.

Masa.'Cepat atau lambat biar masa yang menentukan'..selalu kita dengar orang atau diri sendiri kata begitukan..kerana seiringnya masa yang datang dan telah berlalu itu ada takdir daripada Allah SWT.Ada qada dan qadar-NYA juga.Di situ ada rezeki untuk kita semua nikmati..ada ujian untuk dihadapi.

Sesiapa pun ada pola masanya tersendiri.Allah SWT aturkan  mengikut perjalanan yang DIA kehendaki.Kita lewati.Kita tempuhi.

Sekian

 Semua menjadi indah pada waktunya

7 comments:

  1. Masa yang berlalu tak dapat diganti.. Yang tinggal masa uyang akan dilalui.. Semoga terus dimanfaatkan sebaiknya..

    ReplyDelete
  2. NIKMATI MASA YG SINGKAT INI PENUH BERERTI SEBAIKNYA

    ReplyDelete
  3. ada benda yang kita buat lambat ke, cepat ke , tak kan mengubah apa-apa..

    ReplyDelete
  4. Hargailah masa yang ada, yang lepas tidak dapat dikembalikan..

    ReplyDelete
  5. masa sihat sebelum sakit,masa hidup sebelum mati

    ReplyDelete
  6. Wkmsalam
    Terasa semakin cepat masa berlalu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.