Header Ads

Pantun Berhantu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PANTUN BERHANTU


Pisang emas di bawah belayar

Masak sebiji atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati

Buah Cempedak di luar pagar

Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan 

Berakit-rakit ke hulu

Bereng-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Tarik papan sorong papan

Buah keranji atas perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tidak tahu

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan dalam hati

Pucuk pauh delima batu

Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh beribu batu
Hilang dimata dihati jangan

Pulau pandan jauh ke tengah

Guntung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandang tanah
Budi yang baik dikenang juga

Kalau ada seumur di ladang 

Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang 
Boleh kita berjumpa lagi

Sekian





Semua menjadi indah pada waktunya 

logoblog

12 ulasan:

  1. Ni nak raya ni PC, kena pantun raya pula jehehehe

    BalasPadam
  2. ni memang pantun nostalgia ni...dari kecik sampai besar hidup dengan pantun ni..

    BalasPadam
  3. sampai sekarang tertanya2 kat mana Pulau Pandan ni ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah sebuah pulau di sebuah negara..atau cuma kiasan dan perumpamaan..atau mungkin pulau pandan di tengah ladang..

      Padam
  4. ehehe.. ini pantun kalooo x tahu jangan mengaku jadi orang mesia hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia sangat ni.Budaya dah ni.Bila di bawa ke majlis dah jadi adat berpantung pula.

      Padam
  5. Best kan bahasa pantun ni indah sungguh. Berseni, berlapis lapis sentuhan jiwanya.

    BalasPadam
  6. Baru nak jadi hantu sebab igt pantun berhantu, bace2 jadi muda remaja balik, nostalgia betul ni..hehe

    BalasPadam
  7. pantun yang sering diungkapkan..
    Bukan masa belajar je.. sekarnag pun.. sebab ini antara pantun legend yang melekat dikepala..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..