Header Ads

Menyampaikan Maksud


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MENYAMPAIKAN MAKSUD.Ada banyak cara.Ada bermacam-macam ragam.Ikut orang.Ikut kesesuaian usia dan latar belakang juga.Ada yang sangat kreatif.Tidak kurang yang biasa-biasa sahaja.Asal niat menyampaikan maksud itu berjaya..alhamdulillah.

Menyampaikan maksud.

Status di media sosial.Zaman sekarang sangat-sangat mudah.Mudah untuk menyampaikan maksud tanpa berdepan pun dengan orang atau sesiapa yang ingin ditujukan hal atau perkara tersebut.Hujung jari.Taiplah berapa panjang,berapa banyak perenggan,berapa patah perkataan,hantar dan kongsi.Mudahkan.Cuma...adakah niat mahu menyampaikan maksud itu difahami atau dipandang sepi..sampai kepada sasaran atau tersasar berlalu pergi..

Adat berpantun.Menyampaikan maksud melalui kaedah berpantun ni dah kurang sangat diamalkan.Mungkin masih dikekalkan di sesetengah negeri,itu pun tidak semua daerahnya,lazimnya ketika majlis walimatulurus,merisik,bertunang dan ketika menyambut ketibaan mempelai.Adat pemanislah lebih kurang.Berjual beli pantun..kalau yang menjual dan membeli pantun tu memang kaki pantun..alamatnya banjirlah ketiak pengantin tunggu.

Menghantar wakil.Sesetengah orang lebih suka melakukan sendiri.Ada juga lebih suka menghantar wakil bagi pihak.Sebenarnya mana-mana pun tidak menjadi masalah kerana keutamaannya adalah untuk menyampaikan maksud tujuan.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

14 ulasan:

  1. Rasa macam lepas ni nak update status kat fb guna pantun la..
    Kalau guna pantun ayat keras pun nampak lembut..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.teknik tu tak nak bagi orang perasan.

      Padam
  2. Sekarang menyampaikan maksud online aje

    BalasPadam
  3. menyampaikan maksud jadi mudah dengan adanya teknologi tapi kadang kala disalah tafsir.

    BalasPadam
  4. mmg media social skrng ni main medium nak menyampaikan..
    tapi kadang2 takut tersalah tafsir kan.. salah faham sebagainya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan penerimaan orang satu sama lain berbeza-beza.

      Padam
  5. yang bahaya tu kalau tersampai dekat orang yang tak sepatutnya...boleh menimbulkan pergaduhan..huhu

    BalasPadam
  6. Setiap maksud yg baik pasti mempunyai nilai tambah buat kita di akhirat kelak, in shaa Allah.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat.Kebaikkan itu patah balik pada kita.Aamiin.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..