Header Ads

Terbawa-bawa..Janganlah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TERBAWA-BAWA..JANGANLAH.Mudahnya adalah terpengaruh.Terjebak.Sukar sebenarnya menghindari diri daripada terjebak atau terikut-ikut.Sehinggakan terbawa-bawa atau berlarutan..kalau boleh janganlah.Kecuali pada perkara baik.Silakan.Tapi sebelum itu pastikan ianya benar dan tidak melangkaui dan merosakkan syariat.Zaman sekarang banyak yang ikut logik akal bukan izin hukum.Maka hati-hati.

Terbawa-bawa..janganlah.

Persekitaran mempengaruhi.Tewas saat menonton cerita selalu.Terbawa-bawa watak cerita yang ditonton biasa.Bila baca novel ehhh terbawa-bawa juga rasa..baik menonton,membaca,mendengar..terkadang terlebih menghayati itu membuat kita terbawa-bawa jadinya.Terlalu marahlah,geram tak tentu pasal..sedih meleret-leret..itu belum lagi terus jadi paranoid.Bila tengok cerita hantu timbul pula kisah lain..dah takut nak pergi bilik air.Terbayang hantu dalam cerita tu di mana-mana..aduh.Hujungnya terbawa-bawa..janganlah dibiar lama atau berterusan.Cepat-cepat alihkan fokus.PC pun terjebak situasi-situasi ini.Hahaha.Parah.

Perangkap di mana-mana.Boleh kawal diri sendiri tapi tidak boleh kawal orang lain.Boleh sabarkan diri sendiri susahkan buat orang bersabar dan begitulah dengan hal-hal yang lainnya.Kadang-kadang diri jadi bermasalah kerana berpunca daripada orang lain yang bermasalah.Ada sesetengah perkara berpunca dari diri sendiri.Tidak dinafikan sebahagian hal atau masalah terbit berpunca daripada pihak lain.Fitnah,hasutan dan sebagainyalah hingga kita terbawa-bawa..janganlah begitu.Sesungguhnya perangkap di mana-mana sahaja.

Semulajadi.Pernah lalui tak situasi di mana tiba-tiba bersemangat sangat.Gembira sangat.Tiba-tiba..eh rasa sayu sangat perasaan.Sedih yang bukan dibuat-buat.Tidak direka-reka pun.Pantang tercuit eh meleleh air mata.Dengar orang cakap tinggi suara sikit terus rabak hatinya..kecil hati..merajuk.Tidak pun mudah tersentuh hati melihat atau membaca kisah-kisah realiti.Terbawa-bawa hingga berhari-hari..terfikir-fikir..

Terbawa-bawa itu bagus kalau hal yang buat kita ingat perkara baik-baik.Bila kita ingat tak langsung kita buat.Menjadikan kita lebih baik menjadi hambaNya.Tapi kalau terbawa-bawa hingga mengakibatkan keruhnya keadaan..lupakan dan tinggalkanlah..janganlah.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

14 ulasan:

  1. memang....kadang2 terbawa-bawa kalau tengok cerita yang best sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam meresap dalam diri gitu kan.Hehehehe.

      Padam
  2. Selalunya tengok kdrama la jadi gitu.Hahha.. Tambah2 babak sedih. Sampai stop kejap sebab tak tahan sedihnya..hahahah...

    kat sosial media pun sama .. Bila baca satu2 cerita tu jari tu tak reti nak kawal.terbawa-bawa rasa marah tu.Lagi2 bila baca comment semua tengah marah2.. Jadi kita terbawa2 sama perasaan tu.

    Sebab tu sekarang saya memilih untuk tak mau ambik peduli sangat dengan berita2 viral kat sosial media.

    Pagi2 buka website awani, bH, metro dan baca.lepas tu tutup dan beransur buat benda lain.

    Kalau dulu sempat lagi melayan dan bagi sepatah dua kata tentang isu panas. sekarang tak mau dah. Diri sendiri pun terumbang ambing nih..Sibuk nak jaga orang lain . Hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahu tidak mahu PC pun kadang terheret dengan cerita yang ditonton..kalau dulu-dulu lagi la bila tengok cerita hindustan..sekarag korea pulak..emosi boleh turun naik di buatnya.Hehehehe gara-gara menghayati watak.

      Padam
  3. kalo yang baik2 tu okay saja kan terpengaruh.. kita pun mainkan peranan juga..
    sebar benda2 baik saja biar orang yang baca pun rasa nak buat baik =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloi apa yang baik diikutkan.Moga setiap kebaikkan itu manisnya dirasai semua dan bersama-sama.Aamiin .

      Padam
  4. Betul, kita je boleh kawal diri kita dari terikut2 sesuatu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Lebih susah nak kawal diri daripada terikut perkara kurang comel.

      Padam
  5. Terbawa bawa dan terikut benda baik tak apa lah😁

    BalasPadam
  6. Terbawa2 kepada perkara kebaikan itu baguslah, tapi klu ke arah yg memburukkan itu boleh memusnahkan diri sendiri dan juga org lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Biar yang baik kita teruskan.Sebaliknya tinggalakn dan jarakkan terus.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..