بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
TIANG DAN TUNJANG.Teguh sebatang pokok lihat pada akarnya. Kuat akarnya insyaAllah teguh berdiri pokok itu. Sebuah rumahtangga yang gahnya dan indah menjadi tersergam bermula daripada asas binaannya dan paling penting tiang-tiang yang didirikan.Kuat dan padu maka lama ianya boleh bertahan menampung keseluruhan sebuah rumah itu luar serta dalamnya.
Kalau ada yang meragui atau mempersoalkan setiap rukun iman dan Islam yang ditetapkan ianya suatu yang membimbangkan kerana kedua-duanya adalah asas kehidupan. Paksi dan landasan.
Salah satunya yang sangat-sangat penting adalah sembahyang LIMA waktu sehari semalam.Jaga dan perbaiki asasnya yang lima ini insyaAllah yang lain menjadi mudah.Kemudian hiaslah dengan solat-solat sunat lainnya.

Sembahyang la walau terpaksa dan tidak suka.Paksa diri untuk memenuhi TUNTUTANNYA. Nanti lama-lama jatuh cinta luar biasa.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Teringat pulak pada lirik lagu Akar oleh M Nasir...
BalasPadamASAS MENDIRI TIANG KEMAS SEKATA AGAR TIANG TIDAK TUMBANG
BalasPadamBetul PC, tiang kena kukuh dulu, yang lain isnyaallah stabil
BalasPadamsolat itu tiang agama.
BalasPadamTiang yang lebih kukuh dengan solat berjemaah setiap waktu
BalasPadamsetuju pc..solat tiang tunjang kebahgiaan rumah tgga..
BalasPadamtiang yang paling penting untuk dijaga..
BalasPadamSolat.. tq PC untuk perkongsian ini..