Header Ads

Disangka Makan Sembunyi-sembunyi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DISANGKA MAKAN SEMBUNYI-SEMBUNYI. Kebersihan itu sebahgian daripada iman. Sedari bayi hinggalah sudah menjadi jenazah kebersihan tetap menjadi satu hal yang penting dan tidak boleh dipandang ringan. Kebersihan rohani dan jasmani. Luaran dalaman. Diri keseluruhannya. Apa yang kita pakai dan makan usahakan sebaik bersih dan halal. Baik lelaki atau perempuan sama sahaja kedua-duanya mesti menjaga kebersihan. Lebih-lebih lagi kaum wanita terutama ketika uzur (period / datang bulan). Walau mood kadang ke lautan hindi, kebersihan tetap mesti dijaga. 

Rezeki. Ada orang perempuan bila uzur santai sahaja. Ada yang tengok cicak lalu kat dinding pun macam nak lastik dengan biji getah sampai penyet cicik tu. Bahagian masing-masingkan. Hormati. Jangan bangga sangat bila awak uzur boleh santai seperti hari-hari biasa. Jangan tertekan bila Allah uji dengan rasa sakit yang kadang dirasakan sudah tidak tertanggung setiap bulan. Ada asbabnya.

Seiring waktu telah banyak perubahan yang dilakukan dan penambahbaikkan terhadap tuala wanita. Ada pelbagai penawaran dipasaran. Banyak jenis dan jenama tinggal pilih, ambil, bayar dan guna mengikut kesukaan, keselesaan dan kemampuan. Lebih menarik. Lebih sedikit terjamin juga kebersihannya. Mudah, cepat dan ringkas.

Jangan kata perempuan atau wanita sahaja. Emak-emak, kakak-kakak dan adik perempuan, bagi PC para ayah, abang dan adik lelaki serta para suami perlu ambil tahu akan tuala wanita ini. Sangat perlu ambil tahu supaya satu masa tidak menjadi atau tidak timbul masalah. Tidak kekok atau malu kalau minta membelikan. Beli bukan curi. Untuk isteri janganlah suami malu. Untuk anak perempuan janganlah ayah malu. Adik lelaki kalau kakak minta tolong belikan santai. Beri pendedahan awal. Namun begitu ini semua berbalik juga pada pilihan keluarga masing-masing. Didikan atau asuhan setiap keluarga tidak sama. Ada yang terbuka pada tempat dan keadaan sepatutnya. Ada yang sebaliknya. Kita hormati sahaja.

Tiba-tiba ingat satu kisah ni. Dan tak sangka berlaku juga pada PC. Hehehe.

Disangka makan sembunyi-sembunyi. Gara-gara tuala wanita.

1990an. Adik perempuan mama duduk sekali dengan kami sementara waktu. Baru dapat kerja. Bila tinggal dengan kami mudah sikit pergerakkannya untuk tunggu bas ambil waktu pagi dan hantar waktu petang. Ingat lagi, dulu tuala wanita dalam kotak. Sanita. Bila babah belikan mama berkotak la juga supaya boleh tahan lama tak perlu asyik nak membeli. Babah ok je. Biasanya bila babah beli tak payah cakap pun uncle atau aunty kat kedai tu akan balut kotak Sanita ni dengan surat khabar sebelum masuk bag plastik. Nak dijadikan cerita, makcik PC cakap dengan nenek, mama PC makan sembunyi-sembunyi. Beli makanan bawa dan makan dalam bilik. Hahahahaha. Kenapalah tak tanya. Ingat biskut agaknya. Nenek pun tanya ke mama. Dengan adik pun makan sembunyi-sembunyi ke. Cis. Masih boleh terimbas lagi muka mama masa tu, merah dan terpinga-pinga, sebab tak pernah makan atau bawa makanan apatah lagi sembunyikan makanan dalam bilik. Mengarut. Akhirnya mama ambil dan tunjuk pada makcik PC tu dengan nenek.. ni ke (kotak tuala wanita Sanita). Bila nenek dah balik, habis mama tazkirah adiknya tu.  

Disangka Makan Sembunyi-sembunyi
Disangka makan Sembunyi-sembunyi
Google Image


Tak terduga terjadi juga pada PC. Apa yang terjadi pada mama pun PC masih ingat, bila kena pada diri sendiri rasa macam apakah ini semua. Drama sangat.
Disangka Makan Sembunyi-sembunyi
Disangka makan Sembunyi-sembunyi
Google image

Anak buah yang bijak. Kihkihkih. Kami susah nak jumpa dan berkumpul. Bila jumpa dan berkumpul mengekorlah ke mana-mana. Tak ada depan mata cari. Nak berak pun ditanya nak pegi mana. Umi ooo umi nak pegi mana tu.. *anak buah PC panggil PC umi panggil suami PC abi, moga jadi doa* PC jawab berak.. senyum-senyum anak-anak ni sambung main. Tapi kalau cantik-cantik cakap nak pegi berak mahu merauang kata umi tipu nak jalan tak bagi ikut. Cisss. Satu hari tu, ada yang mengadu dengan mamanya, cakap kuat,yakin sangat.. "mama..mama.. umikan dia makan dalam bilik sembunyi-sembunyi.." dari dalam bilik PC dengan je. Suami PC dah senyum-senyum. Geli hati dia. Mertua PC cakap, merepek jelah umi tu makan dalam bilik. Nak puaskan hati anak, mamanya pun tanya, hahahaha. Kata anak ni akak makan dalam bilik..cer tunjuk apa yang akak makan.. padahal biras PC dah tau sebab dia nampak PC beli dan bawa masuk bungkusan tuala wanita / pad tu. Saja layankan rasa curiga dan cerita anaknya tukan.. nah.. haaaa nak tak, mencecet dia lari. Ingat bunyi plastik tu uminya makan keropok super ring agaknya dalam bilik. Ciss. Anak-anak.

Tidak orang dewasa, tidak kanak-kanak, setiap kita ada rasa ingin tahu dan rasa curiga. Ada, dalam diri setiap kita manusia. Cuma tebal atau tipis, boleh dikawal atau tidak sahaja rasa dan sikap itu. Kalau kita lalui situasi keluarga atau sesiapa sahaja makan sembunyi-sembunyi, anggap sahaja dia ingin tapi tidak mampu beli dalam kuantiti yang banyak. Hanya mampu untuk diri sendiri sahaja. Tak apalah. Mungkin nanti bila ada rezeki lebih dia boleh membeli untuk ramai orang. Bersangka-sangka ini bahaya. Elakkanlah kalau boleh ya.

Sekian.

Indah pada waktunya.


logoblog

9 ulasan:

  1. HEH..HEH.. NAK BERAHSIA SIKT PUN TAK BOLEH

    BalasPadam
  2. hahaha, ok ni lawak.. sabar je la kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah. Ingat mama je kena. Eh sekali anaknya pun alami.

      Padam
  3. kalau dgn anak2 bujang tu langsung direct tanya pasal benda ni dulu2. bila dah biasa diarang yang kengkadang tolong belikan. tak berkias2 dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MasyaAllah. Bagus. Bila dah ada isteri mudah sangat-sangat.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..