Idea

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

IDEA.Perlu diusahakan.Ada yang datang sendiri.Perlu diperah.Ada yang derasnya bagai air mengalir.Itulah kisahnya dengan idea.Kekeringan idea?..Susah nak dapat idea?..Itu perkara biasa juga yang PC lalui sebenarnya.Atau cuma mungkin PC sahaja melalui fasa-fasa sebegini.

[i.déa] | ايديا

 /idéa/ rancangan yg tersusun dlm fikiran; buah fikiran. [RUJUKAN]

Fokus pada satu-satu perkara atau pergi mencari apa yang membolehkan dikongsi dan diulas.Banyak cara juga.Cara masing-masing.Selera asing-asing.Kehendak tidak sama.Ada yang dikongsi ringkas namun padat.Ada yang panjang lebar tapi meleret.Eh,itulah namanya idea..apa pun bentuknya atau hasilnya ada sahaja daya tarikannya tersendiri.Harap maklum.

Spontan.Persekitaran.Keadaan kesihatan.Fokus.Banyak aspek mempengaruhi garapan atau cernaan idea yang dikongsi atau mahu dikembangkan.Waktu ceria lain auranya.Waktu sedih lain lagi rasanya.Adakah idea turut dipengaruhi oleh emosi?..kalau tidak sepenuhnya peratusannya walau kecil dan sedikit tetap ada.

Suatu yang pasti setiap idea itu datang dengan izinNYA.Kalau Allah swt tidak izin mana mungin kita mampu untuk berkongsi idea.Apa yang kita lihat,dengar,baca dan sebagianya itu cuma perantara untuk mendapat idea.Kelancarannya semua daripadaNYA.

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

  1. Idea itu kadang-kadang muncul sendiri dan kadang-kadang ianya tergerak dari pemerhatian keadaan setempat. Namun semua itu, datangnya dari Allah swt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Hujungnya tetap daripada Allah SWT. Tapi usaha dan doa tetap sangat perlu.

      Delete
  2. kesihatan.Fokus.Banyak aspek mempengaruhi garapan atau cernaan idea yang dikongsi atau mahu dikembangkan.Waktu ceria lain auranya.Waktu sedih lain lagi rasanya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.