Untuk Semua

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

UNTUK SEMUA

Tuhan cipta bumi ini
Alam ini
Untuk semua
Sekalian makhluk
Manusia
Haiwan
Tumbuhan
Ya untuk kita semua
Menikmati
Menghargai
Mempelajari

Untuk Semua
Untuk Semua

Semua bersilih ganti
Banyak yang datang kemudian pergi
Akan ada yang singgah seketika
Sentiasa ada yang lama bersama-sama 
Semua ada
Selalu ada

Jejak
Berbekas
Ada yang ditinggalkan
Ada yang memberi kesan
Apatah lagi terkesan
Nyata atau sebaliknya
Hidup saling bergantungan
Sama-sama 
Semua

Muafakat
Kerajaan di langit
Kerajaan di bumi
Telah Tuhan tentukan
Telah Tuhan aturkan
Telah Tuhan letak pada paksi-paksinya

Akur pada perintah-NYA
Undur pada tegahan-NYA

Lunasi setiap apa yang digalasi

Sekian



4 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.