Boleh Tak Kalau

BOLEH TAK KALAU...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BOLEH TAK KALAU... | 'Boleh tak kalau saya nak gula-gula' ..'Boleh tak kalau saya nak bermain dengan kawan-kawan'..pastinya berserta aksi comel jika dilontarkan oleh kanak-kanak ianya menjadi suatu yang membuat hati mencair..sambil cakap sambil renung mata kita..buat muka super cute lagi tulus bak gula kapas..auww..

Boleh tak kalau
Boleh Tak Kalau...
Itu kisahnya dengan tingkah seorang kanak-kanak.Mintanya dari hati.Terus.Lurus.Bagaimana pula permintaan daripada yang dewasa kepada manusia dewasa lain yang seringkali dipandang sepi dan tidak dipeduli.Perlu minta dan merayu dengan muka comel atau marah dan membentak dengan muka bengis.

Boleh tak kalau.

Berkumpul tanpa gadjet.Sungguh.Rindu saat berkumpul tanpa masing-masing sibuk dan ralit dengan gadjet.Agak-agak bila mata fokus pada gadjet..telinga dengar tak apa yang disembangkan.Pastinya tidak.Atau mungkin ada yang boleh 3 in 1 dalam satu masa.Wow sangat.Tapi kalau kopi 3 in 1 kerap sangat diminum pun boleh mudharat bukan..hehehe.Begitulah juga manusia.Kerja takkan habis.Dunia macam air laut yang tidak menghilang atau mengurangkan dahaga.Asyiknya luar biasa.Namun sebelum yang dekat menjauh..yang rapat berasa tersisih...boleh tak kalau adakan walau sedikit waktu "our time" untuk berukhuwah atau bersilaturahim.Carilah keberkatan waktu bukat keberatan meluangkan waktu.

Bebas perkataan lucah dan kesat.Entah kenapa ada segelintir manusia ringan lisannya dengan perkataan-perkataan lucah dan kesat.Sudah seperti menjadi zikir setiap waktu.Jijik dipendengaran.Lebih berbahaya menjadi ikutan kanak-kanak yang lebih mudah terikut-ikut.Mengapa Allah SWT suruh kita menjaga aurat.Menutup aurat.Agar yang sulit itu sentiasa sulit.Sulit dipandangan,sulit juga dilisan.Bila sulit..tak perlu disebut.Lebih sangat tidak manis dan tidak sopan bila orang dewasa yang mewah dengan perkataan lucah dan kesat.Tidak kurang doa dan zikir yang boleh diamalkan.Maka berganjaklah.Berubahlah.

Manfaatkan signboard no smoking.Bukan perhiasan.BUKAN SUKA-SUKA ya amaran larangan merokok itu diletak,digantung dan ditampal di tempat-tempat tertentu.Boleh tak jangan keras hati pentingkan diri sendiri.Cuba masuk tandas..tutup pintu rapat,,hisap rokok dalam tu...lemas tak.Begitu juga orang lain.Lemas dengan udara yang beracun.Lemah tengok sikap orang yang pentingkan diri sendiri.Lemau juga dengan isu ini.Lebih lemau sering jadi mangsa.

Jaga adab.Boleh tak kalau di tempat awam jangan tawakkal sangat buang kahak dan hingus tu bersungguh-sungguh.Lagi-lagi di tempat orang sedang menjamu selera.Selesema.Batuk.Ya faham,,hingus dan kahak susah dikawal..cuba jauhkan sikit diri yang agak-agak orang dengar tapi samar-samar..kalau ada bilik air atau tandas pergilah.Bila jelas sangat..maka spontan membayangkan.Kesian selera nak makan hanyut terus ke lautan kecuali orang yang kebal.

Kita tak mampu kawal keadaan.Yang boleh kita lakukan hanyalah usaha.Itu sudah memadai.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Boleh Tak Kalau

3 comments:

  1. LAKUKAN KEBAIKAN SELAGI BOLEH HINDARI KEBURUKAN MESTI BOLEH

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Masyarakat kita kadang2 sukar mematuhi peraturan atau lagangan.
    Yang dilaran itu mereka nak cuba.

    ReplyDelete
  3. bak kata pepatah..walk the talk hee

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.