Header Ads

Betul-betul Ambil Kesempatan

BETUL-BETUL AMBIL KESEMPATANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah, sudah berakhir minggu pertama Ramadan. MasyaAllah cepatnya. Yang dihitung setiap hari hadirnya kian menyusut jumlah harinya. Begitulah bila sesuatu yang kita lalui hanya sangat-sangat hargai pantas berlalunya. Allahuakbar. Tiga puluh hari macam banyak. Macam lama sangat. Besar angkanya. Sedar tak sedar dah berlalu seminggu lebih Ramadan.  

Tahun ini Allah SWT masih izinkan kita berpuasa. Sihat.  Dimudahkan rezeki. Dimudahkan urusan. Syukur.  Akan datang kita tak boleh teka dan jangka apa-apa. Kita cuma boleh usaha terus. Sepaling mampu. 

Betul-betul ambil kesempatan. Ambil kesempatan untuk perbaiki diri.  Perbetulkan ibadah. Eratkan ukhuwah.  Bersihkan hati.  Jernihkan fikiran. Ini dibulan Ramadan.  Bulan mewah dan penuh berkah untuk kita semua umat Islam.  Bukan hari-hari lain atau bulan-bulan lain tak boleh,  boleh je.  Cuma tidak salah juga kalau dibulan ini kita mulakan seperti membuka lembaran baharu. 

Ambil kesempatan tu tak bagus. Tapi kalau kena dengan masa,  tempat,  keadaan dan alasannya mengapa tidak. Asalkan hal yang baik-baik. Kayuh laju-laju.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Betul-betul ambil kesempatan 

logoblog

4 ulasan:

  1. alhamdulillah dah seminggu kita lalui Ramadan Kareem 1442H,in shaa Allah PC terima kasih atas peringatan :)

    BalasPadam
  2. Betul apa yang dinukilkan. Ambillah kesempatan ketika kesempatan itu masih kepunyaan kita. berjaya memasuki Ramadhan satu anugerah tetapi belum jaminan dapat menghabiskan hingga ke hari Ramadhan terakhir. justeru ambillah kesempatan ... terima kasih, n3 yang memotivasikan

    BalasPadam
  3. manfaatkan setiap detik Ramadan sebaikya meraih reda-Nya

    BalasPadam
  4. Ramadhan adalah bulan utk kita mengejar pahala

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..