Dengar Lagu Raya Dibulan Ramadan

DENGAR LAGU RAYA DIBULAN RAMADANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih lagi diberi izin olehNYA untuk berpuasa. Syukur sangat-sangat. Ada yang berbuka dengan keluarga masing-masing. Ada yang berpeluang berbuka puasa dengan ahli keluarga termasuk ibu ayah, masyaAllah, alhamdulillah. Waktu berkumpul ramai-ramai, makanlah lauk pauk yang biasa-biasa je pun tapi nikmatnya luar biasa. Sebab dapat berkumpul tu yang lain nikmatnya. Rindu nak berbuka puasa dengan mama babah dan mertua serta adik-adik. InshaAllah moga Allah swt izin satu masa nanti. Aamiin.

Promosi raya sana sini. Itu biasa. Belum masuk bulan Ramadan pun kan dah meriah iklan promosi raya. Cerita raya dari bulan Syaaban lagi. Hamboi. Pun itu biasa. Apatah lagi bila dh masuk bulan puasa nikan. Lagi hamboi la. Raya tetap raya. Walau tak boleh balik kampung. Bulan Syawal tidak dipadam daripada kalendar pun cuma yang ketara perbezaannya adalah suasana meraikannya sahaja. Mungkin lebih biasa-biasa kerana disulami dengan rasa hiba dan rindu yang berat dan dalam.

Sesekali. Makin lama makin kerap. Dengar lagu raya berkumandang. Hehehehe. Ada masanya rasa terhibur dan syok juga. Tapi selalunya buat meleleh air mata juga. Tak boleh tipu. Macam mengada-ngada la pulakkan. Ntah apa-apa PC. Oleh kerana tak nak kecewa tahap langit ketujuh, PC selalu cakap pada diri sendiri, jangan berharap dapat balik kampung raya sebab kes semakin meningkat. Boleh gitu padahal doanya tak putus biar boleh merentas negeri. Rindu nak dengar lagu raya sepanjang perjalanan balik kampung. Nikmat lain macam. Allahu.

Tak ada salahnya dengar lagu raya dalam bulan Ramadan. Dengarlah. Daripada dengar orang mengumpat baik dengar lagu raya tapi jangan sampai abaikan ibadah. Solat. Mengaji. Ada waktu-waktu rehat tu dengarlah lagu raya. Asal tidak berlebihan, kerana kita kena hormat juga bulan Ramadan. Jangan langkah bendul nanti kecil hari Ramadan bila macam tak menyaba nak Syawal. Gitu.

Jadikan Ramadan ini lebih baik daripada Ramadan sebelum-sebelum ini ya. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Dengar lagu raya dibulan Ramadan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama