Halus Namun Menyakiti

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

HALUS NAMUN MENYAKITI. Duri halus matanya. Jarum juga halus hujungnya. Benang pun halus setiap lembarnya. Namun bila tercucuk dan terlilit pedih dan sangat menyakiti. Kalau luka nampaklah lukanya. Jika berdarah nampaklah mengalir darahnya. Kalau luka itu ada parut maka terlihatlah pula parutnya. Itu kisahnya pada pandangan kasar mata pada luaran. Visual.

Namun ada juga luka, berdarah dan rasa disakiti tidak dapat dilihat cuma boleh dirasa sahaja. nak luah pun susah juga. Ada. Memang ada dan selalu ada. Ada yang selalu terkena yang halus dan menyakitkan itu. Ada yang selalu juga mengena. Beruntunglah yang bijak menjaga dan mengelak tepat. mematahkan apa yang mendekat dan datang meluru dan tuju. Namun kebanyakkannya tadah dan terima sakitnya itu di sini.

Halus belum tentu nyaman, tulus tidak semestinya lurus. Boleh sahaja seperti serampang dua mata. Seram. lebih-lebih lagi bila manusia itu bijak menyusun kata-kata seperti menyusun rapi bulah pedang yang  cantik ukirannya namun melukakan biar tersentun cuma hulunya.

Biarlah kasar bunyinya namun nyaman hati menerima. Tak mengapalah tinggi ritmanya tapi sedap dipendengaran sesiapa sahaja.

Sekian
Tinta PC
Halus Namun Menyakiti 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kadang2 memang ada orang berseni sangat dalam nak menyakitkan hati orang lain..uhuhu

    BalasPadam
  2. Seram? Kalau seram tu makhluk halus...

    hehehe

    BalasPadam
  3. Ada lagi satu. Part kertas A4 kalau banyak kali tarik pon tajam tepinya 😅

    BalasPadam
  4. Biasanya ni dalam kalangan kawan-kawan la. dalam diam je sedar-sedar kita dah terluka. Nak diluah rasa sakit pun tak de guna sebab dah terluka pun. Memang dah itu niat dia. Kalau tunjuk kita terluka lagi la dia suka.

    BalasPadam
  5. Sebab tu kalau tak ada benda baik nak cakap.. baik kita diam kan PC, dari kita melukakan hati orang lain..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama