Hari Nuzul Al-Quran 1442H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HARI NUZUL AL-QURAN 1442H. Ramadan itu sendiri sudah indah dirasakan bagi orang yang sangat menanti-nanti dan menghargai kehadirannya, lebih manis dan indah salah satu hari di bulan Ramadan mencatatkan satu peristiwa iaitu hari turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW berupa wahyu dikenal sebagai hari dan peristiwa Nuzul Al-Quran.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira (tanggal 6 Ogos 610M). Daripada cuma satu ayat (Surah Al-Alaq) hinggalah sedikit demi sedikit wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad maka hujungnya menjadi lengkapnya Al-Quran yang hingga kini kita jadikan panduan yang terbaik untuk segenap perkara untuk melangsungkan kehidupan. 

"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Allah SWT anugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW seterusnya menjadi nikmat terbesar juga untuk umat Islam dulu hingga kini dan sampai nanti akhir zaman alam ini lebur. 

Hari Nuzul Al-Quran 1442H
Hari Nuzul Al-Quran 1442H

Penuh pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad menyampaikan setiap wahyu yang diturunkan kepadanya kemudian disebar dan disampaikan kepada ummat. Tidak sedikit yang menentang dan memusuhi. Menyebarkan ayat-ayat kebenaran ini Nabi kongsikan untuk menjadikan umat dan masyarakat ketika itu beriman dan kembali beriman kepada Tuhan yang Esa, Allah SWT. Tiada dusta. Tiada ragu pada setiap wahyu yang diterima dan disampaikan. Untuk menjadikan ramai umat beriman sepenuhnya hati. Dan kita hari ini, umat yang sangat baginda cinta juga sayangi, teruslah hidup berteraskan Al-Quran moga sejahtera dunia paling bahagia di akhirat kelak. Aamiin.

Sekian
With love, PC
Hari Nuzul Al-Quran 1442H





4 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.