Header Ads

Cakna Dengan Persekitaran

CAKNA DENGAN PERSEKITARANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Ambil peduli. Ambil berat. Itulah cakna. Bila sebut peduli tidak hanya memberi bantuan dalam bentuk kebendaan sahaja kepada yang memerlukan. Luas pengertian peduli dan ambil berat ni sebenarnya. Sebab kita memang sudah terbiasa, kalau sebut ambil peduli, ambil berat mesti dalam bentuk bantuan tenaga, hulur bantuan dan kewanganlah lazimnya. 

Tapikan kita juga sangat perlu ada kesedaran cakna dengan persekitaran yang dalam bentuk cukup sekadar memahami situasi tanpa beri apa-apa bentuk bantuan kebendaan. Kesedaran dari dalam diri sendiri. Wajar atau tidak wajar aku lakukan. Patut ke tidak ni aku buat. Menganggu tak keselesaan atau ketenangan orang lain. Jangan sampai kita bersungguh lakukan sesuatu atas tiket hak tapi secara tidak langsung mengutip dosa-dosa dan mengurangi pundi-pundi pahala.

Cakna Dengan Persekitaran
Gambar sekadar hiasan

Maksudnya awak tak buat suatu hal yang buat orang lain marah, geram, sedih dan kecewa itu pun bererti awak ada rasa peduli. Ambil berat. Pada perasaan yang mempengaruhi psikologi orang lain yang berada di persekitaran awak atau yang cuma melihat dan mendengar sahaja. Faham tak. Bila kita mencetuskan satu suasana yang kurang baik itu juga suatu hal yang sangat tidak baik. Tidak baik pada diri sendiri dan tidak baik untuk orang lain juga. Awak kata awak ada hak. Orang lain juga punya hak. Sama-sama ada hak.

Awak, kamu dan PC juga, jadilah manusia yang cakna dengan persekitaran. Manusia ini tidak sentiasa mahu diperhatikan atau ada yang peduli dan ambil berat dalam urusan makan minum, pakaian dan keperluan atau kehendak untuk meneruskan hidup sahaja, sebaliknya terkadang sama-sama saling mengerti itu juga sudah cukup melegakan dan tidak menjadi pihak yang gemar dengan senang hati menjadi api yang lalu lintas di kawasan tumpahan minyak yang sudah siap sedia mahu menyambar kemudian marak.

Ramadan. Mewah keberkatan dan cabaran keimanan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Cakna Dengan Persekitaran

logoblog

2 ulasan:

  1. api akan membakar kalau xdikawal

    BalasPadam
  2. Terima kasih ingatkan. Sama sama kita ingatkan dan cakna dengan persekitaran apa yang berlaku.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..