Sungguh-sungguh Gunakan Peluang

SUNGGUH-SUNGGUH GUNAKAN PELUANGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Peluang mesti digunakan sebaik-baiknya namun begitu mesti dilihat juga situasi semasa terkini bagaimana dan seperti apa. Perlukah atau tidak perlukah. Pentingkah atau penting tapi tidak begitu penting. Boleh ditangguhkah atau memang tidak boleh ditangguh. 

Peluang itu juga adalah salah satu bentuk rezeki yang Allah swt beri kepada kita dan kepada sesiapa sahaja yang DIA ingini. Boleh jadi ada peluang untuk kita berkali-kali. Boleh jadi cuma sekali untuk sesetengah hal sahaja sedang hal lain selalu Allah swt limpahkan pelbagai peluang. Kalau nak kata peluang datang cuma sekali pun tidak boleh juga kerana banyak bentuk rezeki daripada Allah swt. 

Sungguh-sungguh gunaka peluang. Peluang apa. Apa sahaja jenis peluang yang ada. Peluang yang baik-baik. Bukan peluang yang tidak baik. Terkadang Allah swt rezekikan peluang yang kurang baik kepada kita untuk menguji kita menghadapi. Melakukan ataumenghindari. Meneruskan atau berhenti. Pandai-pandailah pilih dan buat penilaian.

Mengisi setiap peluang itu bagus. Merebut peluang kalau keterlaluan boleh memudaratkan. Kalau cuma memudaratkan diri sendiri tidak mengapa lagi, lebih sedih membinasakan orang lain juga. Itu yang sangat menyedihkan. jadi, dalam sungguh-sungguh gunakan peluang, jangan sampai menyusahkan dan menyakiti orang lain ya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sungguh-sungguh Gunakan Peluang 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. peluang yang baik tu tak selalu datang.

    BalasPadam
  2. gunakanpeluang bernafas sebaik mungkin

    BalasPadam
  3. Betul tu PC.. peluang yang baik kita kena betul-betul pulun..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama