Sekali-sekala Tapi Waspada

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEKALI-SEKALA TAPI WASPADA. Selalu dan sudah terbiasa itu kadang membibitkan rasa bosan atau jemu. Sesekali mahu juga yang lain dan hidup perlukan perubahan agar lebih bersemangat dan berwarna. Namun begitu jangan berlebihan atau keterlaluan la pulak. Sekali-sekala tapi waspada mengapa tidak. Hihihih.

Makanan. Setiap rezeki syukuri. Syukur itu kunci bertambah rezeki dan nikmat. Apa yang ada nikmati dan jangan membazir. Membazir itu merugikan dan perbuatan sia-sia. Kalau boleh elak, elakkanlah pembaziran makanan. Hari-hari makan makanan yang sama ada rasa kurang berselera, jadi tak salah juga sesekali ubah selera. Carilah apa yang boleh membuka selera atau layan keinginan tekak. Asalkan jangan berlebih-lebihan, yang sedap belum tentu baik untuk kesihatan kita. Sedap ditekak je pun bahaya juga kalau ada kesan kurang baik pada tubuh. Terlalu pedas bahaya pada usus dan perut. Terlalu manis dan masin pun bahaya jugakan. Tapi kadang tekak dan keinginan ni susah dijangka. Tu yang beli semua perisa mister potato ni. Hahahaha. Tapi lama baru habis.


Sekali-sekala Tapi Waspada
Sekali-sekala Tapi Waspada








Pakaian. Pakaian rasmi. Pakaian tidak rasmi. Pakaian basahan yang dipakai sehari-hari. Siapa yang tidak mahu terlihat kemas dan cancik segak lagi bergaya kau memang the booooom. Kalau PC yang penting bersih dan kemas. Wangi sikit. Nak wangi tak semestinya kena beli minyak wangi harga beratus  atau beribu ringgit. Tapi bukan bererti sentiasa pakai minyak angin juga ya. Pandai-pandailah sesuaikan diri dengan situasi ya. Dapat pakai deodoran pun dah memadai. Bersih tu sebab akhlak. Lagi pun kita nak beribadah jugakan. Nak solat dan sebagainya. Bila kemas, diri sendiri selesa dan yakin, orang yang pandang pun tak rasa serabut. Tapi yalah rezeki orang tak sama. Dan setiap orang ada tatagaya yang berbeza. Kemas pada kita pakaian bergosok, tapi ada orang pakai pakaian atau tugung tidak bergosok dengan sengaja itu satu kelainan dan unik. Nampak tak. Lain-lainkan. Bosan dengan gaya yang biasa sesekali nak lebih bergaya boleh saja. Silakan. Asalkan yang dalam tetap terselindung rapi di dalam. Bergayalah asal tidak membebani diri sendiri dan orang lain. Beban tu tidak tertakluk kepada kos semata-mata juga.

Menjalani kehidupan ini mewah liku. Tapi Allah sedikan jalan atau caranya juga. Tidak menzalimi dengan sesukanya. Keinginan yang kadang luar batas itu lazim manusia lakukan. Ada yang boleh dikawal. Ada yang tak boleh dikawal. Pandai-pandailah mengemudi apa yang sedang dirasakan dan apa yang diingini dalam kehidupan ini. Sekali-sekala tapi waspada kerana terkadang bermula percubaan pertama itu membuat ada percubaan-percubaan yang seterusnya sehingga menjadi tabiat. Hati-hati.

Sekian
Tinta PC
Sekali-sekala tapi waspada.


11 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Balasan
    1. kan..samalah tapi macam kak PC kena hadkan atas faktor usia.

      Padam
  2. Mr Potato tu, sekali hadap habis terus. Tapi sekali sekala lah beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe..sekali duduk terus habis..tak terasa pun lagi kalau makan sambil tengok tv.

      Padam
  3. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik..in syaa Allah.. terima kasih singgah blog PC ya.

      Padam
  4. mister potato aritu ada promo...harga biasa rm 3..promo rm 1.99..trus grab mcm2 perisa

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang best..boleh rasa banyak rasa..mana yang ok boleh ulang beli.

      Padam
  5. Balasan
    1. kalau ikut hati PC pun sama uncle..sedap lagi pun memang suka,,tapi risau juga.

      Padam
  6. Sesekali Sha pun beli juga tapi jenuhlah nak menghabiskannya.. Sellau beli kala ada perisa baru buat entry diblog.. hehehe.. Paling kerap beli yang ubi purple tu berkongsi dengan anak dara yang kecik..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama