Header Ads

Benarlah Hidup Memang Mewah Alasan Dan Telah Diset

BENARLAH HIDUP MEMANG MEWAH ALASAN DAN TELAH DISETبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. ''Banyak alasan''. ''Tak habis-habis dengan alasan''. Sebut alasan sahaja pun sudah buat orang tarik nafas panjang. panjang dan dalam dangat. Ada orang ada masa untuk mendengar dan ambil tahu tentang alasan. Ada orang malas mahu mendengar dan melayan alasan yang diberikan.

Alasan itu adalah asas, dasar, sesuatu, sebab (RINGKASAN DAN RUJUKAN)

Sebenarnya dalam hidup ini tidak dapat diasingkan dan dipisahkan dengan alasan. Bezanya alasan itu memang benar alasan yang sepatutnya dan selayaknya atau alasan yang direka untuk niat atau sesuatu yang kurang baik. itu sahaja. Alasan yang saha dan ada. Atau alasan yang direka semata-mata dengan niat tertentu. Jadi yang tahu cuma diri kita sendiri dengan Allah swt sahaja. Lurus atau sebaliknya alasan yang diberikan.

Perbuatan yang betul dengan alasan yang betul juga. Alasan yang tidak betul untuk menutupi perbuatan yang tidak jelas juga. Ada perbezaannyakan. Benarlah hidup ini memang mewah dengan alasan dan telah diset. Secara umum dan sedia maklum, contoh mudah, pergi bilik air atau tandas, alasannya mahu buang air kecil atau air besar. Mungkin juga mandi. Pergi ke kedai alasannya nak beli barang. Bersukan alasannya nak tubuh badan yang lebih sihat. Dan sebagainya. Sekecil-kecil perbuatan atau tindakan tentu beralasan. Garu-garu alasannya gatal. 

Paling penting kesemuanya telah Allah swt setkan dengan penuh teliti dan sangat lengkap. Semuanya sudah cukup paling terbaik. paling teratur dan paling indah untuk setiap makhlukNYA juga. Cuma apa, bila, bagaimana dan kenapa tidak kita ketahui. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Benarlah Hidup Memang Mewah Alasan Dan Telah Diset

5 comments:

  1. Yang penting...alasan lupa paling selalu digunakan

    ReplyDelete
  2. hanya alasan perlu mewajarkan sesuatu tindakan

    ReplyDelete
  3. right
    mewah dengan alasan 😔 berbagai bagai

    ReplyDelete
  4. Alasan ngadap handphone lama.. cari resepi 😆

    ReplyDelete
  5. Betul tu PC.. ada je alasan untuk menjustifikasikan apa sahaja..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..