Sentiasa Berperang

SENTIASA BERPERANGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sebut sahaja berperang tentu sahaja yang terbayang pada penglihatan dan fikiran kita adalah darah di mana-mana. Mayat bergelimpangan. Senjata di sana sini. Keadaan hingar bingar. Huru hara. Jeritan dan tangisan bercampur baur. Kita melihat di negara-negar saudara kita. Tidak kira masa, siang malam pagi petang bedilan meriam dilepaskan tanpa rasa empati dan ihsan. Semua dibuat secara tersasar dan juga rambang. Benar-benar tawakal yang menjadi mangsa. Kalau antara kita masih tidak mahu dan terlupa untuk bersyukur, mulakan la bersyukur daripada detik ini.

Bukan cuma detik ini, sebenarnya sepanjang hidup, kita sentiasa berperang. Berperang dengan diri sendiri dan dalam waktu yang sama memerangi hal-hal yang tidak baik juga daripada terus mendekat dan menjebak diri kita. Supaya tidak terpengaruh dan terjebak.

Dua tahun kebelakangan ini hinggalah detik sekarang, isu memutuskan rantaian COVID19 masih lagi berjalan dan diteruskan. Kita  masih belum selamat untuk bebas ke mana-mana. masih juga belum boleh seperti dulu-dulu sebelum virus ini ada. Sekarang kita sedang berperang. nampak macam cuma sama-sama memerangi virus sebenarnya sedang sentiasa berperang membiasakan diri dengan keadaan yang baharu dan lebih sukar dalam keadaan tidak sepenuhnya rela.

Sentiasa berperang. Perang menahan rasa rindu. Bertahan. Belajar memahami dan menerima situasi, bertolak ansur. Semuanya perlu satu iktikad berperang yang sangat kukuh dalam diri masing-masing. Berperang melawan semua rasa yang ada dalam diri sendiri. Berperang dengan bisikan-bisikan negatif dan hasutan bertoksik. Menarik dan menyerap serta mencari seberapa banyak aura positif untuk mengusir aura-aura negatif. 

Sentiasalah berperang. Kalau dengan berperang itu dapat melahirkan dalaman kita menjadi yang lebih baik dan baharu, teruskanlah. Asal selalu mengamalkan taktik berperang yang betul, tepat dan selamat.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sentiasa Berperang 

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama