Garis Waktu

GARIS WAKTU

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Rapi sungguh kain dilipat
Disusun indah satu tempat
Barangkali hari ini mata ini melihat
Mungkin nanti diri ini mengambil tempat

Ada rasa yakin dan curiga
Itulah manusia biasa-biasa 
Sesuatu terjadi pada paksi-paksinya
Detiknya tetap menjadi rahsia DIA

Asyik sungguh santai bercerita
Ada yang kakikat ada direka-reka
Cerita aku kau mereka berbeza
Semua lakaran seperti mahuNya

Beli sebungkus gula batu
Gula batu dipesan mama
Setiap kita ada garis waktu
Garis waktu yang tidak sama

Singgah kedai beli cat
Mahu mengecat mesti bersemangat 
Tiada lambat tiada cepat
Semua terjadi diwaktu yang tepat

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Garis Waktu


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. begitu banyak rahsia yang kita tak mampu ungkapkan kerana hanya Dia yang maha mengetahui

    BalasPadam
  2. ya betul tu.. semua yg terjadi pd waktu yg tepat..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama