Belum Rezeki Usahakan Sudah Nikmati Disyukuri

BELUM REZEKI USAHAKAN SUDAH NIKMATI DISYUKURIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Siapa sahaja yang tidak ada keinginan. PC yakin setiap daripada kita tentu ada keinginan. Cuma mungkin keinginan itu disimpan comel-comel dalam hati. Bila ada keinginan tapi belum direzekikan maka jangan jemu atau bosan berusaha. Berusahalah dengan cara yang paling betul. Minta bantuan daripada Allah swt supaya usaha kita itu adalah usaha yang ada redhaNYA juga.

Setiap nikmat sekecil apa pun itu jangan lupa untuk disyukuri. Bersyukur la selalu. Nikmat yang dipinjamkan boleh jadi bertahan lama dan boleh jadi cuma seketika tapi yang pasti lama atau seketika setiap nikmat itu cumalah pinjaman sahaja daripadaNYA kepada kita semua. Kena ingat ya. Pasak dalam hati dan fikiran.

Belum rezeki usahakan sudah nikmati disyukuri. Berusaha bersungguh-sungguh tidak bermakna tamak atau tidak bersyukur kecuali apa yang telah dinikmati disia-siakan dan langsung tidak berterima kasih dengan Allah swt. Kalau sesuatu itu kita mahu tapi belum rezeki memang kena usaha lagi dan lagi. Usaha kita itu Allah swt pandang dan ada penilaiannya. Sudah buat yang terbaik, belum juga rezeki itu bererti mesti lebih usaha, sabar dan yakin. Mennjadi cabaran pada diri sendiri bila belum rezeki setelah berusaha adalah akan timbul rasa yang bukan-bukan. Mulalah macam-macam andaian berkeliaran dikepala. berbisik yang bukan-bukan dalam hati sampai kufur nikmat hujungnya.

Ujian kehidupan lebih berat daripada jawab kertas ujian di sekolah. Hehehe. Sebab itulah ada Malaikat Raqib (catat amal baik) dan Malaikat Atid (catat amal buruk). Ada Malaikat Malik (jaga pintu neraka) dan Malaikat Ridwan (jaga pintu syurga). Seimbang kedua-duanya dengan tugas masing-masing dan kita Allah swt beri otak yang berakal, hati yang beriman dan nafsu. Dalam pada berusaha menjadikan suatu itu rezeki kita jangan tergelincir. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Belum Rezeki Usahakan Sudah Nikmati Disyukuri

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama