Header Ads

Hari Baharu Harapan Baharu Cerita Baharu

HARI BAHARU HARAPAN BAHARU CERITA BAHARUبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Kita yang masih lama tapi boleh jadi semangat baharu, cara pemikiran yang baharu dengan prinsip dan etika yang baharu lebih berkualiti berbanding sebelum-sebelum ini.

Hari baharu. Setiap hari yang datang dan bersilih ganti tidak akan sama rutinnya. Ritmanya dan skalanya. Walaupun kita tetap sahaja ulang kerja yang sama. Paling tidak waktunya berbeza. Jumlah jamnya tidak sama kita lakukan kerja itu. Kalau semalam sapu lantai dua puluh lima minit, mungkin hari ini tiga puluh lima minit. Tetap sama menyapu lantai tapi tempoh waktu ada perbezaannya dan begitulah dalam urusan yang lain.

Harapan baharu. PC percaya setiap hari, detik yang kita lalui itu tentu sekali ada satu atau lebih harapan yang baharu. kalau semalam kita tidak berkesempatan untuk melakukan esok masih lagi boleh kita mencubanya kerana selagi kita hidup selagi itulah harapan baharu sentiasa ada. Cuma bagaimana kita mahu mengisi peluang dan harapan yang Allah swt beriakn kepada kita. Itu sahaja. Sandarkan segenap harapan kepadaNYA.

Cerita baharu. Semalam cerita semalam. Hari ini kisah hari ini. Esok ada cerita tersendiri yang lain pula. Cerita itu pasti bersilih ganti. Wataknya adalah kita, boleh jadi ada watak tambahan lainnya yang turut serta menyerikan hari baharu kita dengan cerita-cerita yang baharu pula. Hidup inikan ada bermacam carita dan ada turun naikknya juga. Penyeri. macam senaskah buku, ada banyak helaian halamannya. pada setiap halaman itu pula ada garisan-garisannya.

Hari baharu, harapan baharu cerita baharu. Ada usaha kita. Ada doa dan tawakal kita. Dan jangan lupa ada takdir daripada DIA pastinya.

Hari Baharu Harapan Baharu Cerita Baharu

Alhamdulillah. 64 tahun ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hari Baharu Harapan Baharu Cerita Baharu

logoblog

7 ulasan:

  1. Salam kemerdekaan kali ke 64

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    Semoga hari2 mendatang lebih baik daripada hari ini dan semalam

    BalasPadam
  3. Salam kemerdekaan yg ke 64 - PC :)

    BalasPadam
  4. nikmati saat2 bernafas syukur n reda salam merdeka

    BalasPadam
  5. semoga Malaysia sentiasa dalam lindunganNYA.. aminn

    BalasPadam
  6. Allhamdulillah... semoga setiap hari baharu bg kita update iman...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..